Pergi ke kandungan

Anak Gemilang Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anak Gemilang Malaysia merupakan sebuah dokumentari yang ditayangkan di Astro Prima dan RTM sekitar Ogos 2007 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Anak Gemilang Malaysia diterbitkan bukan saja untuk memberikan penghormatan kepada tokoh negara terdahulu tetapi juga mendidik generasi muda di samping menyuntik semangat patriotik dalam jiwa penonton.

Anak Gemilang Malaysia diadaptasi dari rancangan The Great Briton, United Kingdom dan ia turut bersiaran di RTM. Astro tertarik menerbitkannya kerana program ini membawa objektif utama untuk memberi penghargaan kepada wira, wirawati serta tokoh terdahulu yang banyak berjasa serta memberi sumbangan demi kejayaan, kegemilangan dan pembangunan negara.

Nama 50 finalis Anak Gemilang Malaysia akan dinyatakan untuk membuka peluang kepada orang ramai memberikan pendapat siapakah antara tokoh ini yang banyak menyumbangkan jasa kepada negara. Pandangan mereka ini diharap dapat membantu barisan panel membuat senarai pendek 10 yang terbaik untuk dipaparkan dalam dokumentari ini.

Daripada 10 nama besar ini, hanya seorang dinobatkan sebagai Anak Gemilang Malaysia melalui perbincangan dan debat sesama barisan panel dalam program kemuncak Anak Gemilang Malaysia yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Namun begitu, perkara ini telah mencetuskan suatu kontroversi dan apa yang kurang menyenangkan kepada mereka yang tidak setuju dengan pertandingan ini.

Ini adalah kerana proses pemilihan untuk mencari Anak Gemilang Malaysia adalah melalui proses pengundian sistem SMS di mana setiap SMS akan di kenakan bayaran sebanyak 50 sen oleh ASTRO PRIMA. Perkara ini dipersoalkan kerana mengapa tokoh-tokoh ini yang telah banyak berkorban dan berjasa kepada negara dibiarkan untuk dipertandingkan sesama mereka, dianggap satu pencelaan buat mereka.

Selain itu pemilihan Anak Gemilang Malaysia lebih wajar diberikan kepada suatu panel yang terdiri daripada mereka yang lebih arif tentang perkara ini, dan bukannya dari pengundian SMS di mana kebanyakkan daripada mereka yang mengundi ini terdiri daripada golongan anak muda, yang tidak mengenali tokoh-tokoh tersebut. Malah mungkin yang berfikiran bahawa Tun Dr. Ismail itu adalah pemilik Taman Tun Dr.Ismail.

Di antara mereka yang kurang senang dengan perkara ini merupakan anak daripada seorang tokoh yang telah dicalonkan itu sendiri. Halimah Mohd Said adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Dr Mohamed Said bin Mohamed, Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama daripada tahun 1959 to 1969. [1]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]