Pergi ke kandungan

Anak Beranak Abe Yie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Beranak Abe Yie
GenreDrama
Keluarga
Komedi
Ditulis olehMF Kencana
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitWan Zamri Wan Abdul Kadir
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Ogos 2022 – 19 September 2022
Kronologi
MengikutiNenda
Diikuti olehThe Pak Mat Clan

Anak Beranak Abe Yie ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Azlee Senario, Jasmin Hamid, dan Aiman Tino. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura , TV3 bermula 16 Ogos 2022 menggantikan Nenda.[1]

Kerajaan akhirnya mengumumkan SOP baharu berhubung Covid yang membolehkan penduduk merentas negara dan beberapa negara Eropah. Daripada melawat ibu bapa mereka, mereka memutuskan untuk pergi melancong. Sehingga satu hari, kerajaan memutuskan untuk mengukuhkan lagi SOP kerana jumlah kes kembali meningkat. Sam dan Ann menyesali keputusan mereka, dan memutuskan untuk pulang ke Kampung mereka tanpa mengira sebarang sekatan yang diberikan oleh kerajaan. Che Yah gembira apabila dua orang anaknya dapat kembali walaupun Abe Yie dan Muluk langsung tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Apabila Sam dan Ann pulang ke rumah mereka, mereka disahkan positif Covid dan ini telah menimbulkan kekecohan di kampung mereka. Kampung mereka dianggap sebagai "Zon Merah" kerana kebanyakan kes datang dari sana. Dan orang ramai mula mengutuk keluarga Abe Yie mengenai perkara ini.

  1. ^ Drama Anak Beranak Abe Yie mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.