Pergi ke kandungan

Anak (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak
PengarahBarney Lee
PenulisMichael Ang
Dihasilkan olehMichael Ang
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Box Lite Film
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
21 Februari 2008 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Anak merupakan sebuah filem seram Malaysia 2008 yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Ida Nerina. Filem arahan Barney Lee ini sepanjang 90 minit.

Nita dan Kay memulakan hidup baru mereka di bandar. Nita ialah seorang gadis jelita yang merasakan tiada lagi yang tinggal untuknya di dunia ini. Manakala Kay merupakan seorang peragawan terkemuka yang dikatakan wanita tercantik di Malaysia. Dia sekarang berada di kemuncak kerjaya beliau.

Di rumah baru inilah, Nita mula diganggu oleh seorang budak kecil 5 tahun. Nita memberitahu Kay mengenai segala yang dia nampak di dalam rumah itu tetapi sukar untuk diterima Kay. Nita mula meragui dirinya sendiri dan dipujuk oleh Kay supaya berjumpa dengan seorang pakar psikologi. Kay pula juga mula risau apabila dapat tahu Mak Mek telah meninggal dunia.

Di pengebumian Mak Mek, Kay bertambah lagi terkejut apabila dapati bahawa Mak Mek mempunyai adik kembar Mak Mah. Di pengebumian itu, Mak Mah mengarahkan Kay memberhentikan segala yang diamalkannya sebelum terlambat.

Sementara itu, Nita mula berjumpa dengan seorang pakar psikologi di mana dalam sesi mereka berdua Nita dibawa kepada kejadian keguguran anak beliau 6 bulan lalu. Nita telah dirogol oleh 3 orang lelaki. Setelah diketahui perkara ini oleh Kay, dia menyuruh Nita mengugurkan anak tersebut. Proses penguguran itu berjaya dilakukan tetapi ia menyebabkan Nita tidak boleh mempunyai seorang anak selepas itu.

Semakin banyak kejadian pelik berlaku dengan kemunculan budak kecil itu. Hidup mereka semakin diganggu dan tidak tenteram. Apakah kaitan budak itu dengan kehidupan mereka? Kenapa mereka diganggu?

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]