Pergi ke kandungan

Amar Rohidan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amar Rohidan
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohammad Amar bin Rohidan
Tarikh lahir (1987-04-23) 23 April 1987 (umur 37)
Tempat lahir Kedah
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kelantan
Nombor 8
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2010 Perlis FA 89 (17)
2011–2012 Kedah 56 (1)
2013 Felda United FC 21 (0)
2014- Kelantan 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Malaysia U-23 16 (3)
2009– Malaysia 42 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada February 28, 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga February 28, 2013

Amar Rohidan (lahir pada 23 April 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bagi pasukan Kelantan dalam Liga Super Malaysia.

Amar memulakan kerjaya bola sepak bersama pasukan Perlis FA pada 2005 dan bermain dengan pasukan ini selama enam (6) musim.

Kemudian, Amar berpindah ke pasukan jiran tetangga Kedah FA selama dua (2) musim. Beliau memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan pasukan baru selepas pasukan Kedah diturunkan bermain dalam Liga Perdana Malaysia untuk musim 2013.

Felda United

[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2013, Amar menandatangani kontrak bersama Felda United FC. Amar bersama Felda United untuk hanya satu musim setelah kontraknya tidak disambung.

Musim 2014, Amar menandatangani kontrak 2 musim bersama Kelantan FA[1]. Beliau dijangka menggantikan posisi Mohd Shakir Shaari sebagai pemain tengah bertahan selepas Shakir memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu.

  1. ^ Senarai Rasmi Pasukan Kelantan 2014 Diarkibkan 2013-12-05 di Wayback Machine, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), 26 November 2013