Alireza Firouzja
Alireza Firouzja (Parsi: علیرضا فیروزجا ,Disebut: [æliːɾeˈzɒː fiːɾuːzˈdʒɒː]; lahir 18 Jun 2003) ialah seorang Grandmaster ahli catur Iran dan ahli catur Perancis. Firouzja ialah pemain termuda yang saat ini berjaya mematahkan rekod penarafan FIDE elo 2800, sebelumnya rekod itu digenggam oleh Magnus Carlsen dengan selisih masa sekitar lima bulan.
Firouzja memulakan latihan catur pada usia 8 tahun. Dia memenangi Kejohanan Catur Iran pada usia 12 tahun, selepasnya memperoleh gelaran Grandmaster pada usia 14 tahun. Pada usia 16 tahun, Firouzja menjadi pemain kedua termuda dengan penarafan elo sebesar 2700. Pada tahun 2021, di umur yang ke-18 tahun, dia berjaya dalam kejohanan Grand Swiss FIDE dan memenangi pingat emas individu di Kejohanan Catur Berpasukan Eropah. Pada 2022, Firouzja memenangi Tour Grand Chess. Firouzja layak dalam Kejohanan Candidates pada tahun 2022 dan 2024.
Firouzja mendapat amaran keras dari Persekutuan Catur Iran kerana membuat hantaran di sosial media mengenai sokongannya kepada Israel.[1][2] Firouzja ditendang dari Iran dan dipadamkan kewarganegaraannya. Dia bermain di bawah bendera FIDE sehingga pertengahan 2021. Firouzja mula mendapat kewarganegaraan Perancis dan mewakili negara itu sebagai ahli catur mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ staff, T. O. I. "Iran's top chess player wants to 'change his nationality' over Israel ban". www.timesofisrael.com. Dicapai pada 21 Jun 2022.
- ^ Doggers, Peter. "Iran Pressured By FIDE For Issues With Israeli Players". www.chess.com. Dicapai pada 5 Mac 2024.