Pergi ke kandungan

Aliran masuk (hidrologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Torrente Pescone, salah satu daripada aliran masuk ke tasik Orta (Itali).

Dalam hidrologi, aliran masuk bagi jasad air adalah sumber air bagi satu-satu jasad air. Ia juga boleh merujuk kepada purata jumlah air masuk dalam unit masa. Ia berbeza dengan aliran keluar. Aliran keluar adalah jumlah air yang meninggalkan sesebuah kawasan. Aliran masuk kebanyakannya digunakan apabila merujuk kepada sungai-sungai, dan jumlah air dalam unit yang memasuki kawasan.

Keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Semua jasad-jasad air mempunyai pelbagai aliran masuk, tetapi lazimnya, satu aliran masuk boleh menguasai dan menjadi sumber air terbesar. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, tiada satu aliran masuk akan dapat menguasai dan akan ada pelbagai aliran masuk utama. Bagi tasik, aliran masuk mungkin daripada sungai atau anak sungai yang benar-benar mengalir ke dalam tasik. Aliran masuk juga mungkin, secara tegasnya, tidak mengalir, tetapi dalam bentuk kerpasan, seperti hujan.

Aliran masuk juga boleh digunakan untuk merujuk kepada aliran air bawah tanah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]