Alice Wu
Alice Wu | |
---|---|
Kelahiran | San Jose, California, A.S. | 21 April 1970
Pusat pendidikan | Universiti Stanford (BS, MS) |
Pekerjaan | Pembikin filem, penulis skrip |
Terkenal kerana | Saving Face The Half of It |
Alice Wu (Mandarin: 伍思薇; lahir 21 April 1970)[1] ialah seorang pengarah filem dan penulis skrip Amerika Syarikat. Filem terkenalnya ialah Saving Face, di mana Will Smith merupakan penerbitnya dan diterbitkan oleh Sony Pictures Classics.[2][3][4]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Alice Wu dilahirkan di San Jose, California[1] kepada ibu bapa yang merupakan pendatang dari Taiwan.[5] Keluarganya akhirnya berpindah ke Los Altos, California, di mana tamat belajar dari Sekolah Tinggi Los Altos pada usia 16 tahun. Beliau memperoleh ijazah BS dalam Sains Komputer dari Universiti Stanford pada tahun 1990, dan ijazah sarjana dalam Sains Komputer dari Stanford pada tahun 1992. Sebelum menjadi pembikin filem, Wu bekerja sebagai jurutera perisian untuk Microsoft di Seattle.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Semasa bekerja di Microsoft, Wu mula menulis novel. Merasakan cerita itu akan lebih baik dijadikan sebagai filem, beliau mendaftar untuk kelas penulisan skrip selama 12 minggu di Universiti Washington di mana beliaumenulis skrip untuk filem pertamanya. Wu kemudian meninggalkan dunia korporat dan akhirnya berpindah ke New York City untuk meneruskan kerjaya pembikinan filem sepenuh masa.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Pettis, Ruth M. (2006). "Wu, Alice" (PDF). glbtq.com. Dicapai pada 23 March 2019. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "glbtq" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Alice Wu biography and filmography | Alice Wu movies". Tribute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
- ^ "Alice Wu: Movies, Photos, Videos, News, Biography & Birthday | eTimes". timesofindia.indiatimes.com. Dicapai pada 2020-04-11.
- ^ ctnadmin. "Alice Wu - Net Worth 2020, Age, Bio, Height, Wiki, Facts!". Trending Celebs Now (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-11. Dicapai pada 2020-04-11.
- ^ a b Leibowitz, Ed (May 29, 2005). "Kissing Vivian Shing". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 26, 2011. Dicapai pada July 6, 2008.