Pergi ke kandungan

Ali Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Ali Ahmad (28 Januari 1925 — 3 Jun 1992) ialah Menteri Besar Perlis ke-4 dari 1981 - 1986. Beliau menggantikan Jaafar Hassan dan kemudian digantikan oleh Abdul Hamid Pawanteh.


Ali Ahmad
Kelahiran(1925-01-28)28 Januari 1925
Kampung Behor Temak, Kangar, Perlis, Malaysia
Meninggal dunia3 Jun 1992(1992-06-03) (umur 67)
PekerjaanMenteri Besar Perlis
Tahun aktif1981 - 1986
PasanganSom Abdul Rahman
Anak-anak5

Ali bin Ahmad dilahirkan pada 28 Januari 1925, di Kampung Behor Temak, Kangar, Perlis. Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Melayu, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sehingga menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Perlis. Penglibatan beliau dalam kancah politik bermula sejak tahun 1946 lagi dan selepas bersara dari perkhidmatan perguruan beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1976 hingga 1978. Dalam pilihanraya negeri tahun 1978, beliau telah berjaya dan dilantik menjadi Ahli Exco Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 16 Mei 1981.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 1992.

Jalan Dato' Ali Ahmad

[sunting | sunting sumber]

Jalan Behor Temak-Kuala Perlis dinamakan sebagai Jalan Dato' Ali Ahmad bagi mengenang jasa menteri besar itu.[1]

Didahului oleh
Jaafar Hassan
Menteri Besar Perlis
1981-1986
Diikuti oleh:
Abdul Hamid