Alfa-amilase (bahasa Inggeris: alpha-amylase, 1,4-alpha-D-glucan glucanohydrolase, pancreatic alpha-amylase, α-amilase, PAcode: en is deprecated ) ialah salah satu enzim yang berperanan dalam proses penyingkiran kanji, sejenis makromolekulkarbohidrat, serta jenis utama dalam kumpulan amilase.[2] Struktur molekul dari enzim ini ialah α-1,4-glukanohidrolase.[3] Bersama dengan enzim pendegradasi kanji lain, pululanase, α-amilase termasuk ke dalam golongan enzim kelas 13 bagi glikosida hidrolase (E.C.3.2.1.1).[4] Alfa-amilase mempunyai beberapa tapak aktif yang dapat mengikat empat sehingga 10 molekul substrat sekali gus.
Alpha-amilase pada umumnya aktif bekerja pada julat suhu 25 ke 95 °C. Penambahan ion kalsium dan klorida dapat meningkatkan kadar tindak balas dan menjaga kestabilan enzim ini.[5] Alfa-amilase akan memotong ikatan glikosidik α-1,4 pada molekul kanji (karbohidrat) sehingga terbentuk molekul-molekul karbohidrat yang lebih kecil.[6] Hasil daripada pemotongan enzim ini termasuk maltosa, maltotriosa, dan glukosa.[2]
^Rodriguez VB, Alamenda EJ, Gallegos JFM, Requena AR, Lopez AIG, Cabral JMS, Fernandes P, Fonseca de LJP. 2006. Modification of the activity of an a-amylase from Bacillus licheniformis by several surfactants. Electron J Biotechnol 9(5).