Alexandria Villaseñor
Alexandria Villaseñor | |
---|---|
Kelahiran | 2005 (umur 18–19) Davis, California, Amerika Syarikat |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan |
|
Terkenal kerana | Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim |
Alexandria Villaseñor (lahir 2005) merupakan seorang aktivis iklim berbangsa Amerika dari New York. Beliau merupakan salah seorang pengikut pergerakan Fridays for Future dan aktivis iklim, Greta Thunberg,[1] Villaseñor juga merupakan pengasas bersama US Youth Climate Strike dan pengasas Earth Uprising.[2]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Villaseñor telah dilahirkan pada 2005 di Davis, California.[3][4] Keluarganya berpindah dari utara California ke New York pada 2018.[5] Villaseñor berkaum Latino Amerika.[6] Beliau bercita-cita untuk bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Perjuangan Villaseñor menuntut tindakan iklim bermula apabila beliau terperangkap dalam asap yang dikeluarkan oleh kebakaran liar yang paling serius dalam sejarah California, Camp Fire, semasa menziarahi ahli keluarganya. Sebagai seorang pesakit asma, beliau telah jatuh sakit, dan ketika itu beliau telah menyelidik tentang perubahan iklim dan peningkatan suhu yang menyebabkan kebakaran liar tersebut.[4] Ibunya, Kristin Hogue, telah mendaftar dalam program Sarjana Seni dalam Iklim dan Masyarakat di Universiti Columbia[4] dan Villaseñor akan menghadiri kelas bersama ibunya dari semasa ke semasa untuk mempelajari sains perubahan iklim.[8] Selepas itu, beliau telah menyertai cawangan Zero Hour, sekumpulan aktivis iklim belia Amerika, di New York.[4]
Villaseñor telah mengambil tindakan yang sama dengan Thunberg yang telah mengilhamkannya semasa ucapannya pada 4 Disember 2018 di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP24) yang diadakan di Katowice, Poland. Sejak 14 Disember 2018 (ketika COP24 masih berlangsung),[4] beliau telah memprotes atas ketiadaan tindakan iklim di depan Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada setiap Jumaat ketika waktu persekolahan.[9] Beliau sudah tidak lagi terlibat dalam kumpulan US Youth Climate Strike[10] dan beliau telah mengasaskan kumpulan pendidikan perubahan iklim, Earth Uprising.[11]
Pada Mei 2019, Villaseñor telah dianugerahkan Disruptor Award oleh Tribeca Disruptive Innovation Awards (TDIA),[12] menerima biasiswa daripada organisasi The Common Good,[13][14] dan dianugerahkan Youth Climate Leadership oleh Earth Day Network.[15]
Apabila Thunberg tiba di Bandaraya New York dengan menaiki kapal dari Eropah pada Ogos 2019, Villaseñor, Xiye Bastida, dan aktivis iklim yang lain menyambut ketibaan beliau.[16] Ketika itu, mereka sudah berkomunikasi antara satu sama lain melalui media sosial.[17]
Pada 23 September 2019, Villaseñor, bersama dengan 15 aktivis belia yang lain termasuklah Greta Thunberg, Catarina Lorenzo, dan Carl Smith, telah memfailkan satu aduan kehakiman kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadukan bahawa lima negara, iaitu Perancis, Jerman, Brazil, Argentina, dan Turki telah gagal menepati ikrar Perjanjian Iklim Paris mereka.[18][19]
Pada tengah bulan Oktober 2019, beliau menyertai Sidang Kemuncak Datuk Bandar Dunia C40 di Copenhagen, Denmark.[20]
Pada tengah bulan Januari 2020, beliau menyertai Forum Ekonomi Dunia sebagai penceramah belia dan menyertai tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim di Davos, Switzerland bersama Greta Thunberg pada 24 Januari 2020. [21]
Pada 19 Ogos 2020, Alexandria berucap di Konvensyen Kebangsaan Demokrat dalam bahagian perubahan iklim mereka.[22]
Pada 1 Disember 2020, beliau dinamakan oleh majalah Seventeen sebagai salah satu daripada 15 orang belia yang telah mengubah dunia.[23]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kaplan, Sarah (16 Februari 2019). "How a 7th-grader's strike against climate change exploded into a movement". The Washington Post. Dicapai pada 25 Jun 2019.
- ^ "Alexandria Villaseñor". Bulletin of the Atomic Scientists. Dicapai pada 4 Mei 2019.
- ^ Milman, Oliver (12 Mac 2019). "'We won't stop striking': the New York 13 year-old taking a stand over climate change". The Guardian. Dicapai pada 20 Julai 2019.
- ^ a b c d e Kaplan, Sarah (16 Februari 2019). "How a 7th-grader's strike against climate change exploded into a movement". The Washington Post. Dicapai pada 4 Mei 2019.
- ^ Piven, Ben (15 Mac 2019). "Beware the kids: US youth to join strike for climate". Al Jazeera. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ "Meet Alexandria Villaseñor, the Young Woman Inspiring People to Take Action on the Climate Change Crisis". Glitter Magazine. 24 Jun 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
- ^ Minutaglio, Rose (14 Mac 2019). "The World Is Burning. These Girls Are Fighting to Save It". Elle. Dicapai pada 20 Julai 2019.
- ^ Borunda, Alejandra (March 13, 2019). "These young activists are striking to save their planet from climate change". National Geographic. Dicapai pada July 20, 2019.
- ^ Berardelli, Jeff; Ott, Haley (22 Februari 2019). "Meet the teens leading a global movement to ditch school and fight climate change". CBS News. Dicapai pada 4 Mei 2019.
- ^ "Our Co Executive Directors & National Co-Directors". US Youth Climate Strike. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2019. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Stuart, Tessa (26 April 2019). "A New Generation of Activists Is Taking the Lead on Climate Change". Rolling Stone. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ "Tribeca Film Festival and Disruptor Foundation announce 10th anniversary awards and youngest recipient in TDIA history" (Siaran akhbar). New York: Disruptor Foundation. 2 April 2019. Dicapai pada 8 Mei 2019.[pautan mati kekal]
- ^ "The Common Good Forum & American Spirit Awards – May 10, 2019". The Common Good. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2019. Dicapai pada 25 Mei 2019.
- ^ "Alexandria Villaseñor". The Common Good. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2019. Dicapai pada 25 Mei 2019.
- ^ "14-Year-Old Alexandria Villaseñor Has Been Striking Outside UN Headquarters for 5 Months. Here's Why". Earth Day Network. 23 Mei 2019. Dicapai pada 25 Mei 2019.
- ^ Lela Nargi (9 September 2019). "Greta Thunberg's New York visit inspires young climate activists". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ Lela Nargi (22 September 2019). "14-åriga klimataktivisten Alexandria Villaseñor om vänskapen med Greta Thunberg". Expressen (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 September 2019.
- ^ "Why Teen Climate Activist Alexandria Villaseñor Is Suing the World For Violating Her Rights". Earther. Dicapai pada 23 September 2019.
- ^ "16 children, including Greta Thunberg, file landmark complaint to the United Nations Committee on the Rights of the Child". www.unicef.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2019.
- ^ "Press Conferences" (dalam bahasa Inggeris). C40 World Mayors Summit. 10 Oktober 2019. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
- ^ "'We Have So Much More to Do,' Youth Climate Activists Declare as Global Elite Close Out Davos Forum". www.commondreams.org (dalam bahasa Inggeris). 24 Januari 2020. Dicapai pada 10 Mei 2021.
- ^ "Youth Climate Activists to Speak at Democratic National Convention". www.huffpost.com (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2020. Dicapai pada 2 Disember 2020.
- ^ "15 Teens Who Changed the World". www.seventeen.com (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 2020. Dicapai pada 2 Disember 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Alexandria Villaseñor |