Alessandro Volta
Count Alessandro Volta | |
---|---|
Lahir | Como, Duchy Milan | 18 Februari 1745
Meninggal | 5 Mac 1827 Como, Lombardy-Venetia | (usia 82)
Kerakyatan | Itali |
Bidang | Fizik and kimia |
Dikenali untuk | Penciptaan sel elektrik Penemuan metana Volt Voltan Voltmeter |
Anugerah | Pingat Copley (1794) Legion of Honour[1] Order of the Iron Crown[1] |
sunting |
Alessandro Giuseppe Antonio Anastasio Volta ([alesˈsandro ˈvɔlta]; 18 Februari 1745 – 5 Mac 1827) merupakan seorang ahli fizik, ahli kimia dari Itali yang dianggap sebagai seorang perintis elektrik dan kuasa[2][3][4] atas kejayaan beliau mencipta bateri elektrik dan menemukan gas metana. Beliau mencipta suatu cerucuk elektrik pada tahun 1799 serta melaporkan hasil eksperimennya pada 1800 melalui sepucuk surat dua helai yang dihantarkan kepada Presiden Persatuan Diraja London.[5][6] Ciptaan Volta membuktikan bahawa elektrik boleh dihasilkan melalui tindak balas kimia seterusnya menghapuskan teori lazim sebelumnya bahawa elektrik hanya boleh dihasilkan semata-mata oleh makhluk hidup. Ciptaan tersebut menjadi penemuan saintifik yang paling diamati sehingga mendorong para saintis menjalankan eksperimen yang sama yang akhirnya membawa kepada pembangunan bidang elektrokimia.
Ciptaan Alessandro turut menarik perhatian Napoleon Bonaparte sehingga Volta diundang ke Institut Perancis untuk menunjukkan ciptaannya kepada ahli-ahli Institut tersebut. Volta menjadi akrab dengan Maharaja Perancis itu sepanjang hidupnya, dan beliau diberikan banyak penghormatan diraja. Alessandro Volta menduduki kerusi bidang fizik eksperimen di Universiti Pavia selama hampir 40 tahun dan begitu disayangi oleh murid-muridnya.
Walaupun beliau berjaya dalam bidang profesional, Volta cenderung hidup bersederhana terutamanya pada senja usianya. Pada masa ini, beliau cenderung hidup terpencil dari orang ramai demi keluarganya sampai kematiannya pada tahun 1827 akibat satu siri penyakit yang bermula pada tahun 1823. Unit Sistem Antarabangsa bagi keupayaan elektrik dinamakan sebagai volt sempena memperingati beliau.
Kehidupan awal dan kerja
[sunting | sunting sumber]Volta dilahirkan di Como - kini di utara Itali berdekatan sempadan Switzerland - pada 18 Februari 1745. Pada tahun 1794, Volta mengahwini seorang wanita bangsawan juga dari Como bernama Teresa Peregrini, bersama-sama membesarkan tiga anak lelaki iaitu Zanino, Flaminio, dan Luigi. Ayahnya, Filippo Volta, berketurunan bangsawan manakala ibunya, Donna Maddalena datang dari keluarga Inzaghis.[7]
Pada tahun 1774, beliau menjadi profesor fizik di Sekolah Diraja Como. Setahun kemudian, dia memperbaiki serta mempopularkan elektroforus, sejenis alat yang menghasilkan elektrik statik. Pempopularan alat tersebut begitu meluas sehingga Volta sering dikaitkan dengan penciptaannya sedangkan sebuah mesin yang beroperasi pada prinsip yang sama telah digambarkan terlebih dahulu oleh seorang pengkaji dari Sweden bernama Johan Wilcke pada 1762.[8][9] Pada tahun 1777, beliau mengembara ke Switzerland di mana beliau berkawan dengan H. B. de Saussure.
Di antara tahun-tahun 1776 dan 1778, Volta mempelajari sifat kimia gas. Dia meneliti dan menemukan metana selepas membaca sebuah makalah karya Benjamin Franklin dari Amerika Syarikat mengenai "udara mudah terbakar". Pada bulan November 1776, beliau menjumpai metana di Tasik Maggiore,[10] dan pada 1778 pula beliau berjaya mengasingkan gas metana asli.[11] Beliau telah mereka eksperimen berkaitannya seperti penyalaan metana melalui percikan elektrik dalam bekas tertutup.
Volta turut menyelidiki asas-asas kapasitans, membangun kaedah berasingan mempelajari kedua-dua aspek keupayaan elektrik (V) dan cas (S) yang didapati berkadar antara satu sama lain.[12] Hal ini dikenali sebagai Undang-Undang Kapasitans Volta, dengan unit mewakili keupayaan elektrik ini dinamakan sebagai volt.
Pada tahun 1779, beliau menjadi profesor fizik eksperimen di Universiti Pavia di mana beliau menduduki jawatan itu selama hampir 40 tahun.[1]
Pada tahun 1809, Volta menjadi ahli anggota Institut Diraja Belanda.[13] Volta turut diberi gelaran count oleh Napoleon Bonaparte pada 1810 atas sumbangan beliau.
Akhir hayat
[sunting | sunting sumber]Volta bersara pada tahun 1819 ke estetnya di Camnago, frazione Como di Itali yang kini dinamai "Camnago Volta" sempena memperingatinya. Beliau meninggal serta disemadikan di sana pada 5 Mac 1827, tidak lama selepas mencapai usia 82 tahun.[14][15]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]- De vi attractiva ignis electrici (1769) (Perihal daya tarikan api elektrik)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Munro, John (1902). Pioneers of Electricity; Or, Short Lives of the Great Electricians. London: The Religious Tract Society. m/s. 89–102.
- ^ Giuliano Pancaldi, "Volta: Science and culture in the age of enlightenment", Princeton University Press, 2003.
- ^ Alberto Gigli Berzolari, "Volta's Teaching in Como and Pavia" - Nuova voltiana
- ^ Hall of Fame, Edison.
- ^ "Milestones:Volta's Electrical Battery Invention, 1799". IEEE Global History Network. Dicapai pada 2016-04-12. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Enterprise and electrolysis". rsc.org. Royal Society of Chemistry. Dicapai pada 18 February 2015.
- ^ "Life and works". Alessandrovolta.info. Como, Italy: Editoriale srl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-21. Dicapai pada 18 Februari 2015.
- ^ Pancaldi, Giuliano (2003). Volta, Science and Culture in the Age of Enlightenment. Princeton Univ. Press. ISBN 978-0-691-12226-7.
- ^ Joh.
- ^ Alessandro Volta, Lettere del Signor Don Alessandro Volta … Sull' Aria Inflammabile Nativa delle Paludi [Surat-surat Signor Don Alessandro Volta … mengenai udara asli paya yang mudah terbakar] (Milan, (Italy): Giuseppe Marelli, 1777).
- ^ "Methane". BookRags. Dicapai pada 26 Januari 2012.
- ^ Williams, Jeffrey Huw (2014). Defining and Measuring Nature: The Make of All Things. Morgan & Claypool. ISBN 978-1-627-05278-8.
- ^ "Alessandro G.A.A. Volta (1745 - 1827)". Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences. Dicapai pada 20 Julai 2015.
- ^ "Volta". Institute of Chemistry - Jerusalem. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2009. Dicapai pada 1 May 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Volta's localities". Dicapai pada 20 Jun 2009.[pautan mati kekal]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Alessandro Volta". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
- Volta and the "Pile"
- Alessandro Volta dalam Google Doodle
- Alessandro Volta
- Count Alessandro Volta
- Alessandro Volta (1745-1827)
- Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan)
Chisholm, Hugh, penyunting (1911). - Sejarah unit elektrik.
- Rujukan terhadap Volta dalam akhbar-akhbar Eropah lama
- Life of Alessandro Volta: Biography; Inventions; Facts