Al-Khansa' binti Amru
Al-Khansa الخنساء | |
---|---|
Kelahiran | 575 |
Meninggal dunia | 645 (berumur 69–70) |
Pekerjaan | Penyair |
Tumadhir binti Amru bin Al-Harith bin Al-Syarid Al-Sulamiyah (تماضر بنت عمرو بن الحارث بن الشريد السُلمية ), dengan nama panggilannya Al-Khansa’ (الخنساء ) (yang bermaksud antara "gazel" atau "yang berhidung pipih"[1]) ialah seorang penyair Arab dari abad ke-7 (dikatakan meninggal pada tahun 646 TM[2]). Beliau adalah antara penyair wanita yang terkemuka dalam sastera Arab.[3]
Dalam hidup beliau, peranan pensyair wanita adalah untuk mengarang gita duka (puisi ratapan atau elegi) untuk si mati dan sampaikan ia dalam peraduan pidato umum dalam kaum mereka. Al-Khansa’ memenangi kehormatan dan kemasyhuran dalam peraduan sebegini dengan gita duka yang diilhamkan oleh adik beradik beliau, Ṣakhr dan Muʿawiyah, yang mati dalam pertempuran.
Hidup
[sunting | sunting sumber]Al-Khansa’ lahir dan dibesarkan di Nejd, Semenanjung Arab, kepada sebuah keluarga yang kaya. Beliau sezaman dengan Rasulullah, dan akhirnya memeluk Islam.
Pada tahun 612, saudara beliau Muʿawiyah dibunuh oleh orang-orang bani lain. Al-Khansa’ berkeras agar saudaranya yang lagi satu, Sakhr, tebus kematian Muʿawiyah, di mana beliau laksanakan. Sakhr cedera semasa melakukan ini dan disebabkan kecederaan tersebut beliau meninggal setahun kemudian. Al-Khansa’ berkabung dan meratap akan kematiannya dengan syair dan menjadi masyhur disebabkan karangan gita duka beliau.
Beliau mempunyai empat anak lelaki: Yazid, Muʿawiyah, ʿAmr, dan ʿAmrah, semua memeluk Islam. Keempat-empat anaknya mati terbunuh dalam Perang Qadisiyah.
Apabila terdengar khabar tentang ia, beliau tidak meratap, sebaliknya berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberikanku kehormatan dengan kesyahidan anak-anakku. Dan aku berharap Tuhanku akan menyatukanku kembali dengan anak-anakku di syurga dengan Rahmat-Nya." (الحمد لله الذي شرفني بقتلهم، وأرجو من ربي أن يجمعني بهم في مستقر رحمته ).[4]
Ulasan pengkritik
[sunting | sunting sumber]Penyair sezaman dengan beliau al-Nabighah al-Zubiani berkata kepadanya: "Engkaulah penyair terbaik dari kalangan jin dan manusia." (إنك أشعر الجن والإنس ) [5]
Sebuah laporan menyatakan bahawa al-Nabighah berkata kepada al-Khansa "Kalau Abu Basir[6] tidak lagi bacakan kepada aku, aku pasti sudah kata engkaulah penyair terhebat dari kalangan Arab. Pergilah, kerana engkau ialah pensyair terbaik dari kalangan yang berbuah dada." Al-Khansa menjawab, "Aku penyair terbaik dari kalangan yang berbuah zakar juga." [7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ خنساء. Dari Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab/Bahasa Arab-Bahasa Melayu [Edisi ke-3]. Terbitan Oxford Fajar (2015).
- ^ Abdullah al-Udhari, Classical Poems by Arab Women (London: Saqi, 1999), p. 58.
- ^ Classical Arabic Literature: A Library of Arabic Literature Anthology, trans. by Geert Jan van Gelder (New York: New York University Press, 2013).
- ^ Al-Dughmi, Muhammad Rakan (1985). Al-Tajassus wa ʾaḥkāmuhu fī al-sharīʿah al-ʾislāmīyyah. Beirut: Dār al-salām. m/s. 193.
- ^ Ibn Qutaybah (1987). al-Shiʿr wa-al-shuʿarā’. Beirut: Dār ʾAḥyāʾ al-ʿUlūm. m/s. 218.
- ^ http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/Asha
- ^ Ghazoul, Ferial Jabouri (2008). Arab Women Writers: A Critical Reference Guide, 1873-1999. Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 1. ISBN 978-977-416-146-9.