Aku Stacy (lagu)
"Aku Stacy" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Stacy | ||||
daripada album 'Aku Stacy' | ||||
Dilancarkan | 25 Mei 2008[1] | |||
Format | Promo single | |||
Genre | Pop rock | |||
Panjang | 2:50 | |||
Syarikat | Maestro Talent | |||
Penulis | Intan Norul Azlin (kini Intan Shaharuddin), Layla Ismail | |||
Kronologi single Stacy | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Aku Stacy" ialah single pertama yang dipersembahkan oleh juara musim keenam Akademi Fantasia, Stacy, sejak beraksi di acara kemuncak pertandingan realiti tersebut.
Am
[sunting | sunting sumber]Mula-mula, lagu ini bertajuk "Stacy vs Cinderella" tetapi kemudian diubah ke "Aku Stacy". Lagu ini bertemakan seseorang yang disakiti secara zahir dan batin oleh pencintanya yang suka mengambil kesempatan; tak kira apa jua caranya untuk menamatkan perhubungan mereka sia-sia sahaja. Akhirnya, dia sedar bahawa untuk bebas, dia harus berdiri teguh dan bersemuka dengan apa yang paling ditakutinya, iaitu mengorbankan kasih sayang dan cinta terhadap pencinta itu untuk menguasainya.
Stacy mempersembahkan lagu ini di konsert akhir Akademi Fantasia 6 sebelum dinobatkan sebagai juara musim ini. Pada hari keesokannya, lagu ini dikeluarkan sebagai single di Era FM.
Struktur lagu
[sunting | sunting sumber]Kandungan lirik dalam versi rakaman studio ada bezanya dari persembahan konsert akhir AF, iaitu dalam rangkap kedua, bunyinya, "ingin mengaut apa saja yang ada namun aku penghalang", adalah lirik asal lagu berkenaan. Manakala pada persembahan konsert akhir AF6, Stacy tersalah menyebut lirik "aku yang berlagak bagai raja di istana/jadikan ku sang abdi".
Video muzik
[sunting | sunting sumber]Video muzik Aku Stacy tertumpu kepada Stacy yang bernyanyi sambil menari di hadapan latar serba putih tanpa apa-apa hiasan, dengan empat orang penari tambahan lelaki, maka menimbulkan unsur yang menekankan koreografi rumitnya sahaja. Tarian berterusan sehingga akhir video, selepas itu para penari and Stacy turning back comically to the them in a humorous way.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]- "Aku Stacy [Studio]" – 2:50
- "Aku Stacy [Live]" – 2:55
- "Aku Stacy - MV – 2:58
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2008) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Era | 1[2] |
Carta Muzik Muzik | 3 |
Carta Muzik FM | 1 |
Carta Hot FM 30 | 14 |
Malay Top 40 | 2 |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2008, lagu ini layak ke Anugerah Juara Lagu 2008 dalam kategori Pop Rock. Biaprun tidak memenangi apa-apa anugerah, namun persembahan Stacy dimasukkan dalam senarai lima persembahan terbaik oleh sisipan Hits dalam Utusan Malaysia dalam acara AJL tersebut.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia,_Season_6#Week_10
- ^ "Screenshot Aku Stacy at #1".
- ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Januari 2009). "Kuasa baru industri muzik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-22. Dicapai pada 11 Januari 2010.