Aku, Kau & Dia
Aku, Kau & Dia | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre[1] |
Penulis | Pierre Andre |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Khalid Zakaria |
Disunting oleh | Nazim Shah |
Muzik oleh | Sharon Paul |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 28 Jun 2012 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 0.16 juta |
Aku, Kau & Dia merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2012 arahan Pierre Andre dan terbitan Tayangan Unggul. Filem yang mengisahkan cinta tiga segi antara seorang gadis dan dua jejaka dibintangi oleh Zarina Jamalullail, Remy Ishak dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2012, merupakan filem kedua arahan Pierre bersama Tayangan Unggul selepas filem Seru dan ia dilaporkan berdasarkan daripada kisah cinta agung Pierre.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.
Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.
Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.
Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?[3]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Sharifah Zarinatasha Jamalulail sebagai Mia
- Remy Ishak sebagai Izlan & Harris
- Pekin Ibrahim sebagai Ilhan[4]
- Amerul Affendi sebagai Farid
- Pierre Andre sebagai Abang Harris
- Harun Salim Bachik sebagai Dato' Hisham
- Marissa Yasmin sebagai Datin Roselynn
- Nash Elias sebagai Man
- Harris Shidi sebagai Aryan
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Aku, Kau & Dia merupakan filem kelima arahan Pierre Andre dan keduanya bersama Tayangan Unggul selepas filem Seru, ia berdasarkan daripada pengalamannnya.[5] Bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Zarina Jamalulail telah dipilih menjayakan watak Mia bersama hero utamanya Remy Ishak dan Pekin Ibrahim. Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pada 15 Mac 2011 hingga 14 April 2011.[6][7]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Dejavu" (Penyanyi: Shila Amzah, komposer: Sharon Paul, lirik: Imillya Irwani)
- "Please Forgive Me" (Penyanyi: Elly Mazlein, komposer/lirik: Julfekar)
- "Aku, Kau & Dia" (Penyanyi: Shila Amzah, komposer: Sharon Paul, lirik: Pekin Ibrahim)
- "Namanya Cinta" (Penyanyi: Harris Shidi, komposer: Sharon Paul, lirik: Ahmad Fedtri Yahya dan Wan)
- "Pendam" (Penyanyi: Shahir Zawawi, komposer/lirik: Sham Kamikaze)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Shazryn Mohd Faizal (15 April 2011). "Pierre Andre mahu kahwin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ "Aku, Kau dan Dia menyentuh perasaan". Sinar Harian. 29 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ "Sinopsis Filem Aku Kau & Dia Lakonan Remy Ishak & Pekin Ibrahim". Senasai Selebriti. 13 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ Farrahanim Rahim (19 Jun 2012). "Pekin Tak Selesa Dengan Zarina?". Malaysia Digest?. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ Budiey (16 Jun 2012). "Aku Kau & Dia karya Pierre Andre". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ "Aku Kau & Dia karya terbaik Pierre Andre". Amy Ikram. 16 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ Feride Himmet Atak (19 Jun 2012). "Pierre Andre Anggap Diri Lelaki Malang Kerana Cinta". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2014-09-18.