Akrofoni
Akrofoni (Yunani Kuno: ἄκρος, rumi: akros, harf. 'paling atas' + φωνή phone 'bunyi') ialah perbuatan menamakan huruf-huruf dalam sistem tulisan abjad supaya nama huruf itu bermula dengan hurufnya sendiri. Contohnya, nama-nama huruf Yunani bersifat akrofonik: nama huruf α, β, γ, δ, dieja dengan huruf masing-masing: άλφα (alfa), βήτα (beta), γάμμα (gamma), δέλτα (delta).
Abjad akrofonik, seperti sistem tulisan Proto-Sinaitik dan seterusnya abjad Phoenicia, yang mana huruf A, mewakili bunyi [ʔ], dipercayai berasal daripada hieroglif Mesir yang melambangkan seekor lembu jantan, dan dipanggil 'lembu jantan', ʾalp, yang bermula dengan bunyi hentian glotis yang dilambangkan oleh huruf tersebut. Huruf kedua dalam abjad Phoenicia ialah bet (yang bermaksud 'rumah' dan nampak seperti tempat berteduh) mewakili bunyi [b], dan daripada ālep-bēt datang perkataan "alphabet". Amalan penamaan ini adalah biasa di Timur Dekat kuno.[perlu rujukan]
Hieroglif | Proto-Sinaitik | Phoenicia | Paleo-Ibrani | ||
---|---|---|---|---|---|
|
Aksara Glagol dan Cyril awal, walaupun tidak terdiri daripada ideogram, juga mempunyai huruf-huruf yang dinamakan secara akrofonik. Huruf yang mewakili /a, b, v, g, d, e/ dinamakan az , buky , vedi , glagol , dobro , est . Dengan menyebutkan nama-namam huruf mengikut urutan, ia menjadi puisi, alat bantu ingat untuk pelajar mempelajari abjad: Az buky vedi, glagol’ dobro est’ ' bermaksud 'Saya tahu huruf, perkataan itu baik' dalam bahasa Slavonik Gereja Lama.
Dalam bahasa Ireland dan Ogham, huruf dahulunya dinamakan sempena pokok, contohnya A ialah ailm ('fir putih'), B ialah beith ('birch') dan C ialah coll ('hazel'). Abjad runik yang digunakan oleh orang Jermanik juga dinamakan secara akrofonik; contohnya, tiga huruf pertama, yang mewakili bunyi /f, u, θ/, dinamakan fé , ur , þurs dalam bahasa Nor ('kekayaan', 'sanga/hujan', 'gergasi') dan feoh , ur , þorn dalam Bahasa Inggeris Kuno ('kekayaan', 'lembu jantan', 'duri'). Kedua-dua set nama ini mungkin berasal daripada Proto-Jermanik fehu , uruz , thurisaz .
Abjad Thai dipelajari secara akrofonik, setiap huruf diwakili secara bergambar dalam buku-buku sekolah (ก ไก่ ko kai 'ayam'; ข ไข่ kho khai 'telur', ค ควาย kho khwai 'kerbau'; ฆ ระฆัง kho rakhang 'loceng'; ง งู ngo ngu 'ular', dll).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pages using the WikiHiero extension
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Oktober 2017
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Slavonik Gereja
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Ireland Lama (sehingga 900)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Norse Lama
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Inggeris Lama (ca. 450-1100)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Jermanik Purba
- Onomastik
- Abjad