Pergi ke kandungan

Akar dani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akar dani
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Myrtales
Keluarga: Combretaceae
Genus: Combretum
Spesies:
C. indicum
Nama binomial
Combretum indicum
(L.) DeFilipps
Sinonim[6]
Senarai
    • Kleinia quadricolor Crantz
    • Quisqualis ebracteata P.Beauv.
    • Quisqualis glabra Burm.f.
    • Quisqualis grandiflora Miq.
    • Quisqualis indica L.[1][2]:547[3]:17[4]>[5]
    • Quisqualis pubescens Burm.f.
    • Quisqualis sinensis Lindl.
    • Quisqualis villosa Roxb.

Akar dani, dani, udani, wudani, wedani, bidani, redani, selimpas, ceguk atau akar pontianak (nama botani: Combretum indicum) ialah spesies tumbuhan menjalar dalam keluarga Combretaceae yang menumbuhkan rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar, hutan-hutan primer dan sekunder, dan sepanjang tebing sungai di kawasan-kawasan tropika Asia.[2]:547

Ia ditanam sebagai hiasan di kebun-kebun.[7][5]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama dani (Jawi: داني), udani (Jawi: اوداني) dan wudani (Jawi: ووداني) digunakan di Sumatera. Nama wedani (Jawi: وداني) dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[3]:17

Nama bidani (Jawi: بيداني) digunakan di Semenanjung Melayu.[2]:547

Nama-nama setempat Nusantara termasuk:[3]

  • bidani (Sunda),
  • kacekluk, kaceklik, ceguk, cekluk, wedani (Jawa),
  • rabet dani (Madura),
  • kunyi-rhabet, rhabet besi, sarandengan (Kangean),
  • tikao (Bugis).
Daun-daun pokok akar dani.

Pokok akar dani jenis menjalar dengan batang berkayu[4]:120 yang boleh mencapai ketinggian antara 2.5 meter hingga 8 meter. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung tajam dengan ukuran 5-18.5 sentimeter panjang dan 2–9 sm lebar, helai-helai daun pokok disusun bertentangan.[4]:120[2]:547

Bunga dan buah

[sunting | sunting sumber]

Kuntum bunganya terdiri daripada lima kelopak tiub berukuran 6-8 mm panjang.[2]:547–548 Bunga akar dani kembang pada waktu senja berwarna putih untuk menarik perhatian rama-rama. Kuntum-kuntum ini kemudian menunduk dan bertukar warna merah untuk menarik perhatian lebah dan burung-burung pada hari ketiga.[8]:175[2]:547–548

Pokok akar dani jarang berbuah, ia berbentuk bujur dengan 30–35 milimeter panjang, memiliki lima sayap yang ketara, dan berwarna perang gelap. Biji benihnya ada rasa seakan-akan badam atau kelapa apabila matang.[2]:547–548

Pokok akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

  1. ^ "Quisqualis indica". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b c d e f g Exell, A.W. (1948). "Combretaceae". Flora Malesiana. 4 (1): 533–589 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  3. ^ a b c Dalimartha, Setiawan (2006). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 4. Jakarta, Indonesia: Puspa Swara. m/s. 17–19. ISBN 979-1133-14-X.
  4. ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 35, 120–121. ISBN 9789676118929.
  5. ^ a b Quisqualis indica Linn. – Niog-niogan (PDF). Biro Industri Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Republik Filipina. n.d. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Julai 2011.
  6. ^ "Combretum indicum (L.) DeFilipps". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 28 Jun 2023.
  7. ^ Oakes, Albert Jackson (1967). Some Harmful Plants of Southeast Asia. Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat: Naval Medical School. m/s. 39–40.
  8. ^ Eisikowitch, D.; Rotem, R. (1987). "Flower Orientation and Color Change in Quisqualis indica and Their Possible Role in Pollinator Partitioning". Botanical Gazette. 148 (2): 175–179. doi:10.1086/337645. JSTOR 2995472.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z