Pergi ke kandungan

Aji-aji jalur kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Genus:
Seriola
Spesies:
'S .dumerili'
Nama binomial
Seriola dumerili

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning atau nama saintifiknya Seriola dumerili, adalah sejenis spesies ikan laut dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam famili Carangidae genus Seriola.[1]


Ia terdapat di lautan Mediterranean, lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan persisiran India, berada antara kedalaman 20 dan 70 m (dengan maksimum 360 m). Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan genus terbesar dalam keluarga Carangidae, dengan panjang maksimum sekitar 200 cm.

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan ikan pelagik pantas berenang dengan tingkah-laku menyerupai 'Seriola lalandi dorsalis' (Yellowtail amberjack/kingfish). Ia merupakan ikan keperakan dengan garis kuning pada bahagian sisi, dengan belang perang melintasi bahagian mata.

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan pemangsa berkuasa yang memburu ikan dan haiwan bertulang belakang lain.

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning amat digemari oleh nelayan sukan kerana ia merupakan ikan yang berkuasa dan agak besar, malah sehingga 70 kg. Ia juga merupakan ikan yang sedap dimakan. Ia juga merupakan ikan buruan besar dan amat tangkas perbandingan paun dengan paun.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Ikan Aji-Aji Jalur KuningAji-Aji Jalur Kuning di fishbase
  • Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2008). "Seriola dumerili" di FishBase. versi January 2008.
  • Louisy, Patrick (2006). Guida all'identificazione dei pesci marini d'Europa e del Mediterraneo. Milan: Il Castello. ISBN 88-8039-472-X.