Pergi ke kandungan

Airport '77

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Airport '77
PengarahJerry Jameson
Lakon layar
  • Michael Scheff
  • David Spector
Cerita oleh
BerdasarkanAirport, berdasarkan novel hasil karya Arthur Hailey
Dibintangi
Sinematografi
Disunting oleh
Muzik olehJohn Cacavas
Syarikat
penerbitan
Universal Pictures
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 Mac 1977 (1977-03-11)
Masa tayangan
113 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$6 juta
Pecah panggung$30 juta[1]

Airport '77 merupakan sebuah filem fiksyen berkisarkan insiden dan kemalangan udara. Diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 1977. Dibintangi oleh Jack Lemmon, James Stewart, Joseph Cotten, Olivia de Havilland, Brenda Vaccaro dan George Kennedy. Filem ini diarahkan oleh Jerry Jameson. Diterbitkan oleh Jennings Lang dan William Frye. Manakala Michael Scheff dan David Spector berperanan sebagai sutradara bagi filem ini.[2]

Mengisahkan pesawat penumpang Boeing 747 yang membawa golongan kehormat (VIP) yang dijemput oleh dermawan terkenal, Philip Steven. Pesawat itu juga membawa muatan kargo barangan-barangan yang ekskulsif milik dermawan tersebut telah dirampas oleh juruterbang dan pembantunya yang menyebabkan pesawat tersebut terpaksa mendarat kecemasan lalu terhempas ke dalam laut di lautan Segitiga Bermuda. Penumpang yang masih hidup telah terperangkap di dalam kabin terpaksa melakukan perjuangan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.[3][4]

Filem Airport '77 mencatatkan kutipan pecah panggung sehingga $30 juta [5]dan merupakan filem yamg menduduki kedudukan ke-19 filem terbaik bagi tahun 1977. Filem ini juga tercalon bagi 2 anugerah di Anugerah Akademi.

  1. ^ "Airport '77, Box Office Information". The Numbers. Dicapai pada January 29, 2012.
  2. ^ "Airport '77". Turner Classic Movies. Dicapai pada March 1, 2016.
  3. ^ Airport '77 di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  4. ^ Leonard Maltin's 2015 Movie Guide ISBN 9780451468499
  5. ^ "Airport - Box Office History". The Numbers.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]