Air berkarbonat
Air berkarbonat (Jawi: اءير بركربونت ), juga lazim dikenali sebagai air belanda,[1] seltzer, atau air bersoda ialah air yang mengandungi bahan gas karbon dioksida dengan tekanan tinggi. Air jenis ini barangkalinya mempunyai bahan penambah lain seperti natrium klorida, natrium bikarbonat atau bahan-bahan lainnya.
Air belanda hampir selalunya terdiri daripada air dan karbon dioksida tanpa bahan tambahan lain. Pengkarbonatan adalah proses menyebabkan air menjadi berbuih. Kebanyakan air belanda dijual ke dalam balutan botol sedia diminum seperti minuman ringan, tetapi ia juga boleh disediakan di rumah dengan menggunakan alat pembuat soda. Air belanda pertama dicipta oleh Joseph Priestley pada tahun 1767 ketika beliau menemukan kaedah yang menyuntikkan air dengan karbon dioksida selepas menggantung mangkuk air di atas tong bir di tempat pembuatan bir di Leeds, England. Beliau menulis mengenai "rasa kepuasan yang aneh" sewaktu meminum air tersebut, dan beliau kemudiannya menerbitkan sebuah laporan bertajuk Impregnating Water with Fixed Air (Mengisi Air dengan Udara Tetap Karbon Dioksida) pada tahun 1772.[2]
Sifat kimia dan fizik
[sunting | sunting sumber]Gas karbon dioksida larut ke dalam air pada kepekatan rendah (0.2–1.0%) menghasilkan asid karbonik (H2CO3)[3] berdasarkan tindak balas berikut:
- H2O (cecair) + CO2 (gas) ⇌ H2CO3 (akueus)
Asid yang terkandung dalam air ini memberikan sedikit rasa masam (disebabkan oleh asid karbonik). Aras pH antara 3 dan 4[4] dikira antara keasidan jus epal dan jus oren tetapi kurang daripada asid perut. Tubuh badan manusia mengekalkan keseimbangan pH melalui homeostasis asid–bes, dan ia tidak akan terganggu oleh pengambilan air berkarbonat yang kosong. Keasidan air ini akan dikurangkan jika garam alkali seperti natrium bikarbonat, kalium bikarbonat atau kalium sitrat ditambahkan ke dalamnya.
Kesan kepada kesihatan
[sunting | sunting sumber]Air berkarbonat memberikan sedikit kesan pada kesihatan manusia dengan sendirinya.[5] Sifat air bergas agak berasid namun ia cepat dineutralkan oleh kelenjar liur.[6] Minuman ringan ialah kira-kira 100 kali lebih menghakis kepada pelapisan gigi berbanding air berkarbonat biasa.
Air ini boleh meningkatkan gejala kembung perut dan pengumpulan gas daripada sindrom rengsa usus akibat pelepasan karbon dioksida dalam saluran pencernaan.[7] Ia tidak tampak meninggalkan kesan pada penyakit refluks gastroesofagus.[8] Terdapat bukti sementaraan bahawa air berkarbonat boleh melegakan sukar buang air pada mereka yang pernah menghidap angin ahmar.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rachmadita, Amanda (4 Apr 2023). "Menghirup Sirup dan Air Belanda". Historia.
- ^ "Our fizzy seas of soda water". The Telegraph. 21 September 2016.
- ^ "Carbon Dioxide in Water Equilibrium, Page 1". Dicapai pada 23 Julai 2010. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ James Monroe Jay; Martin J. Loessner; David Allen Golden (2005). Modern food microbiology. シュプリンガー・ジャパン株式会社. m/s. 210. ISBN 0-387-23180-3.
- ^ Manual of Dietetic Practice (ed. ke-5). John Wiley & Sons. 2014. m/s. 998. ISBN 9781118760574. Dicapai pada 19 Jun 2016.
- ^ Ireland, Robert S. (eds) (2010). Advanced dental nursing (ed. ke-2). Chichester, U.K.: Wiley-Blackwell. m/s. 58. ISBN 9781405192675. Dicapai pada 19 Jun 2016.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Jampolis, Melina (6 Mei 2011). "Expert Q&A - Can I drink carbonated water?". CNN. Dicapai pada 15 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Johnson, T; Gerson, L; Hershcovici, T; Stave, C; Fass, R (Mac 2010). "Systematic review: the effects of carbonated beverages on gastro-oesophageal reflux disease". Alimentary pharmacology & therapeutics. 31 (6): 607–14. doi:10.1111/j.1365-2036.2010.04232.x. PMID 20055784.
- ^ Coggrave, M; Norton, C; Cody, JD (13 Januari 2014). "Management of faecal incontinence and constipation in adults with central neurological diseases". The Cochrane database of systematic reviews (1): CD002115. doi:10.1002/14651858.CD002115.pub5. PMID 24420006.