Ais
Ais (disebut [ais], Jawi: اءيس Mal., Sin., Bru.),[1] es (disebut [és], Jawi: ايس di Ind. tmsk Riau)[2][3] atau air batu (di Riau, Mal.)[2][4] adalah bentuk air yang dibekukan menjadi pepejal.[5][6] Secara lanjutnya, ia lebih terperinci menggambarkan mana-mana 14 fasa pepejal yang diketahui. Walau bagaimanapun, dalam konteks bukan saintifik, ia selalu menggambarkan ais Ih, di mana ia merupakan yang paling banyak di biosfera Bumi.
Ais jenis ini adalah kristal lembut dan rapuh, yang boleh kelihatan lutsinar (transparent) atau warna jernih kebiru-putihan bergantung kepada wujudnya unsur seperti udara. Penambahan bahan lain seperti tanah mungkin akan mengubah penampilannya. Transisi fasa yang paling biasa kepada ais Ih wujud apabila cecair air itu disejukkan di bawah 0 °C[7] (273.15 K, 32 °F) pada tekanan atmosfera piawai. Walau bagaimana pun, ia boleh juga sublimate daripada gas tanpa melalui fasa cecair seperti pembentukan ibun. Ais tampil dalam pelbagai bentuk seperti hujan batu, kiub ais, dan glasier. Ia memainkan peranan yang penting dalam banyak fenomena meteorologi. Penutup ais di kawasan-kawasan kutub adalah tanda-tanda iklim global terutamanya kitaran air.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Kata ais meminjam dari bahasa Inggeris ice diserap dalam bahasa Melayu dituturkan di Malaysia dan Singapura manakala es menyerap dari bahasa Belanda ijs dalam dialek-dialek Melayu dituturkan di Indonesia termasuk Riau; kedua-dua kata Belanda dan Inggeris ini turunan akar Proto-Germanik *īsaz.[8]
Istilah air batu (dahulunya dieja ayer batu)[9] merupakan kata Melayu asli didatangkan menerangkan sifat pepejal ini yang keras seperti batu.[10]
Sifat fizikal
[sunting | sunting sumber]Sebagai pepejal berkristal yang berlaku semulajadi, air dianggap sebagai galian hidrogen oksida.
Satu ciri luar biasa air yang dibekukan pada tekanan satu atmosfera adalah dalam bentuk pepejal ia adalah 8% kurang tumpat berbanding air cair. Air satu-satunya bahan bukan metalik yang diketahui mengembang apabila ia beku. Air batu mempunyai ketumpatan 0.9167 g/cm³ pada 0 °C, manakala air mempunyai ketumpatan 0.9998 g/cm³ pada suhu yang sama. Air cair adalah bebih tumpat, pada asasnya 1.00 g/cm³, pada 4 °C dan menjadi kurang tumpat ketika molekul air mula membentuk kristal hexagon air batu ketika suhu jatuh sehingga 0 °C. (Fakta, perkataan "kristal" datangnya dari perkataan Yunani bagi (frost).) Ini disebabkan ikatan hidrogen terbentuk antara molekul air, yang membariskan molekul kurang efisen (dari segi isipadu) apabila air membeku. Akibatnya adalah air batu terapung di atas air cair, yang merupakan faktor penting pada iklim Bumi (sekiranya air tenggelam dan bukannya terapung, semua air bertakung akan membeku dari bawah ke atas, membunuh ikan dan semua hidupan air yang tidak tahan kepada suhu beku). Dengan membeku pada permukaan, ia menghasilkan halangan dan memerangkap haba di bawahnya. Isipadu air batu meningkat sedikit dengan kenaikan suhu (ketumpatan air batu pada −180 °C (93 K) adalah 0.9340 g/cm³).
Apabila air batu cair, ia menyerap haba sama banyak sebagaimana (haba pelakuran) jumlah yang diperlukan bagi memanaskan jisim air yang sama banyak kepada suhu 80 °C, tetapi masih mengekalkan suhunya pada 0 °C.
Ciri air batu terapung ini pernah dirancang oleh pihak British bagi menghasilkan kapal induk air batu yang mampu menahan serangan bom musuh, tetapi rancangan ini dibatalkan kemudiannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ais". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b "es". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 99.
- ^ Lihat:
- ^ "air batu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "Definition of ICE". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-19.
- ^ "the definition of ice". www.dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-19.
- ^ "Ice - a special substance". European Space Agency. Diakses dari https://www.esa.int/SPECIALS/Eduspace_Global_EN/SEMHE7TWLUG_0.html pada Ogo 12, 2024.
- ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "ijs". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ayer batu". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 56 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Seong Chee Tham (1990). A Study of the Evolution of the Malay Language: Social Change and Cognitive Development. National University of Singapore Press. m/s. 68. ISBN 978-9971-69-136-3.