Air Terjun Puncak Janing
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Air Terjun Puncak Janing terletak di Hutan Simpan Bukit Perangin, Kuala Nerang, Kedah dan membentuk empat peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon hutan dipterokarpa pamah semula jadi. Sungai Janing yang sepanjang 1.5 km membentuk air terjun yang mempunyai keunikan batu-batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Selain itu para pelancong juga dapat menikmati pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui di Hutan Simpan Bukit Perangin.
Air Terjun Puncak Janing terletak di Kompartmen 41, Hutan Simpan Bukit Perangin. Ia terletak sekitar 14 km dari Pekan Kuala Nerang atau 50 km dari Alor Setar. Ia memiliki ketinggian 100 – 200 m a.p.l. Terdapat denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur di Hutan Bukit Perangin ini di samping denai hutan yang lain sepanjang 15 km boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang. Antara tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah pokok kasai (Pometia spp.), tulang daing (Adinobotrys atropurpureus), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) serta palma. Terdapat juga litar motorcross bagi mereka yang meminati sukan bermotor.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Majlis Daerah Padang Terap Diarkibkan 2012-09-17 di Wayback Machine