Pergi ke kandungan

Ainur Mardhiyah (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ainur Mardhiyah
GenreDrama, keluarga
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitSuryati Sidek
SinematografiNizam Ismail
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 November 2016 – 15 Disember 2016
Kronologi
Diikuti olehDiari Cinta Kita

Ainur Mardhiyah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Zamri Zakaria, dibintangi oleh Sura Sojangi, dan Zahiril Adzim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 bermula 22 November 2016.[1]

Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung.

Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.

Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.

Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Dhiya juga bertemu semula dengan Saiful dan Kiflie. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie?

  • Sura Sojangi sebagai Dhiya (Ainur Mardhiyah)
  • Zahiril Adzim sebagai Saiful
  • Niezam Zaidi sebagai Keifli
  • Neera Azizi sebagai Aina Safiyyah
  • Khaty Azean sebagai Mar (Ainul Mardhiyah)
  • Fara Mendoza sebagai Maya
  • Delimawati sebagai Che Yam
  • Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
  • Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
  • Ramli Salleh sebagai Malim
  • Bella Nazari sebagai Kak Lin
  • Siti Ruwivani sebagai Tok Lang
  • Ahya Rosli sebagai Miki
  1. ^ Drama Ainur Mardhiyah mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.