Ahmet Ataullah Bey
Bey Ahmet Ataullah | |
---|---|
![]() Ataullah Bey, Singapura 1902–1903 | |
Kelahiran | Ahmet Ataullah Effendi Emjëdi s. 1865–1866 |
Meninggal dunia | 11 November 1903 |
Sebab kematian | Kemalangan |
Dikebumikan | Makam Diraja Johor Telok Blangah, Singapura |
Warganegara | |
Pekerjaan |
Ahmet Ataullah Effendi Emjëdi (s. 1865-1866 – 11 November 1903) juga dikenali sebagai Ahmet Ataullah Bey adalah seorang ahli politik dan konsul dari Uthmaniyyah. Dia berkhidmat sebagai Perwakilan Konsul Uthmani untuk Singapura dari 1901-1903.
Kehidupan awal dan nasab
[sunting | sunting sumber]Ahmet Ataullah Effendi Emjëdi berasal daripada keturunan Sayeed, asalnya dari Mekkah. Ayahnya Abu Bakar Effendi adalah seorang ulama besar Erzurum dan Afrika Selatan. Datuknya bernama Mullah Omar Al Baghdadi, seorang gabenor Uthmani. Beliau ialah keturunan Zayd bin Ali, putera kepada Imam Zaynal Abidin. Ataullah Bey mewarisi darah Arab dan Kurdi dari ayahandanya.
Ibu dari Ataullah Bey adalah Tahora Saban Effendi, nama lahirnya Jeremiah Cook. Keturunan daripada saudara James Cook. Cook sendiri tidak memiliki keturunan dari keenam anaknya. Ataullah Bey lahir dan membesar di Bo-Kaap, Cape Town. Ayahnya mengajar di Masjid Nurul Islam. Pada suatu hari, dia dan adiknya Hisham Ni'matullah diajak pergi menuju ke Istanbul. Selama beberapa bulan, mereka bertempat di Erzurum dan Cairo.
Pada tahun 1873, semasa melakukan umrah dan menunggu musim haji, dua orang ulama Melayu Cape datang untuk menemui Syekh Abu Bakar. Diketahui salah satu dari mereka ialah Imam Gasanoedin Carel Pelgrim.[1] Mereka datang untuk berkunjung dan menanyakan hal mengenai pengharaman lobster dan ikan snoek, mata pencaharian sehari-hari majoriti Melayu Cape.
Imam Gasanoedin hendak mentahdzir Syekh Abu Bakar, tetapi dia hanya dapat terdiam lama semasa beliau menggunakan bahasa Melayu. Pembicaraan ini mempengaruhi Ataullah Bey dan Hisham Ni'matullah, mereka berdua mewarisi kemampuan sang ayah dalam berbahasa.
Pemakaman Amaluddin Rhode
[sunting | sunting sumber]Burns membentuk Komite untuk Tanah Perkuburan Melayu. Dia memimpin sebagai ketua dan meminta Ahmet Ataullah, Hisham Ni'matullah dan ulama lain untuk membantunya. Pada pagi hari, 15 Januari 1886, komuniti Muslim di Cape belum mempunyai tempat perkuburan yang layak. Seorang anak nelayan bernama Amaludin Rhode maut. Lebih dari tiga ribu orang memadati pemakaman, membuka gerbang dan menguburkan sang anak. Dua belas polis yang datang tidak boleh berbuat banyak selain mendapat pelajaran berharga.[2]
Kerjaya di Afrika Selatan
[sunting | sunting sumber]"His presence there, should he be elected, perfect though his constitutional right may be will we believe, lead to political issues from which we would all godly shrink, especially as he is not a native. If a Kair ever found its way into Parliament, the question would be raised in another form but Mr. Efendi is not even Malay; and the fact that he is a Moslem will make it impossible to regard non- European representation as a purely domestic question. However, the irst business to be settled is local; and it is plain that the next Cape Town election is to be no walk-over for anyone.”
— Jan Hendrick Hofmeyr, 1893
Pada 1892 dengan dukungan dari masyarakat Kimberley, tempat Hisham Ni'matullah mengajar. Ahmet Ataullah Bey mempersiapkan dirinya untuk maju sebagai dewan dalam pilihan raya Cape Town, selepas berlakunya akta yang membolehkan umat Islam di Cape Town untuk mengundi. Penyertaan Ataullah Bey ke Dewan Bandaraya Cape Town mendapat permusuhan hebat dari Cecil Rhodes dan pakatannya.
Cecil dan Hofmeyer sendiri dikenal luas tidak suka dengan penganut ajaran Islam. Mereka mempengaruhi ahli politik lain agar Attaullah Bey tidak menduduki kerusi dewan. Meski secara rasmi mendapat undian sebesar lebih daripada 700 pemilih, dia sama sekali tidak mendapat jawatan. Di hadapan pengikutnya dia berkata "Untuk pertama kalinya kalian semua menyaksikan seorang muslim maju sebagai Dewan di Afrika Selatan. Ini sudah menjadi khidmat dan tanggung jawabku. Mungkin suatu hari nanti, aku lebih tua dan lebih dapat kesempatan. Untuk saudara seimanku, aku berterima kasih.".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Petersen, Daiyaan; Gencoglu, Halim (2021-01-01). "WAS IMAM GASANODIEN CAREL PELGRIM AN OTTOMAN DESCENDANT?". Bulletin of the National Library of South Africa.
- ^ "History of Muslims in South Africa: 1804 - 1899 by Ebrahim Mahomed Mahida | South African History Online". www.sahistory.org.za. Dicapai pada 2025-04-28.