Pergi ke kandungan

Ahmad Rashid Talu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Rashid Talu atau nama sebenarnya Ahmad bin Haji Abdul Rashid Talu[1] ialah seorang penulis novel Iakah Salmah, Kawan Benar dan Perangkap Hitam.

Ahmad Rashid Talu
Kelahiran
Ahmad bin Haji Abdul Rashid Talu

1889 (1889)
Meninggal dunia1939 (berumur 49–50)
PekerjaanPenulis

Novel Iakah Salmah

[sunting | sunting sumber]

Novel ini memaparkan perjuangan watak utama, Salmah yang memperjuangkan kebebasan dan tindakannnya itu dianggap lebih berani dan mendapat tentangan. Dia bergerak ke sana ke mari ranpa ditemani orang lain dan sikapnya itu dikecam oleh masyarakat sekeliling. Tema ini menyamai novel 'Hikayat Faridah Hanom' oleh sayid Syeikh al-Hadi (1925) dan 'Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan' oleh Ahmad Kotot. Novel ini membicarakan pertentangan antara nilai Barat dengan nilai Timur. Novel ini lebih bersifat tempatan di Pulau Pinang berbanding 'Hikayat Faridah Hanom' oleh Syed Syeikh al-Hadi. Ketika itu , Tanah Melayu dijajah oleh British tetapi isu nasionalisme tidak dibangkitkan.Sebaliknya isu oksidentalisme lebih difokuskan.[2]

Latar novel ini ialah masyarakat Melayu di Malaysia khususnya di Lebuh Acheh , Pulau Pinang.


Hasil penulisan

[sunting | sunting sumber]
  1. Kajian dan karya lengkap Ahmad Rashid Talu / penyusun Rosnah Baharuddin.; DBP , 2009.
  2. Ahmad Rashid Talu : sasterawan mendahului zaman / editor Sohaimi Abdul Aziz:Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003.
  3. Pengalaman, sikap dan pemikiran Ahmad Rashid Talu / Sarah Sadon; DBP , 1996.
  4. Perangkap hitam, atau, Kelawar Pulau Pinang / Ahmad bin Haji Mohd. Rashid Talu ; dengan pengantar dan transliterasi oleh Haji Abdullah Hussain.; DBP , 1987.
  5. Iakah Salmah? / Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. :Fajar Bakti, 1983.
  6. Kawan benar / Ahmad b. Hj. Muhammad Rashid Talu. ; DBP , 1976.
  1. ^ "Ahmad bin Abdul Rashid Talu". Idris Talu. Dicapai pada 27 April 2023.
  2. ^ kesedaran