Ahmad Danial Hazly
Ahmad Danial Hazly (lahir 9 Oktober 1994) adalah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau mempunyai darah seni kerana merupakan cucu kepada M. Osman dan anak saudara kepada pengarah Aziz M. Osman.
Danial Hazly | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2004 – Kini |
Potensinya menonjol apabila dia terpilih melalui ujibakat untuk melakonkan watak sebagai Iman dalam filem Berlari Ke Langit (2004) [1] arahan Bade Hj. Azmi. Bakatnya dalam bidang lakonan terserlah apabila watak itu membolehkannya meraih gelaran pelakon kanak-kanak terbaik FFM ke-17 pada 2004. Sekarang beliau sudah berhenti dalam bidang lakonan bagi meneruskan cita-cita beliau untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat namun gagal. Beliau telah menamatkan pengajiannya di UniKL MSI, Kulim, Kedah seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sepanyol bersama kawan kawannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pelakon kanak-kanak bukan tempelan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 2017-12-24.