Pergi ke kandungan

Ahmad Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato' Haji
Ahmad Arshad
DPMJ, DSIJ, SMJ (Johor); AMN; JP (Johor)
Ahli Parlimen
bagi Muar Utara, Johor
Maklumat peribadi
LahirJohor Muar Utara, Johor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Dato' Haji Ahmad Arshad merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Muar Utara, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.