Agent Orange
Agent Orange (Agen Jingga) ialah sejenis racun dan bahan peranggas (defoliant) kimia yang digunakan sebagai senjata taktikal tentera Amerika Syarikat untuk sebahagian daripada rancangan peperangan herbisida Operasi Ranch Hand[1] semasa Perang Vietnam dari 1961 hingga 1971.[2] Ia merupakan campuran sama bahagian dua jenis racun rumpai iaitu 2,4,5-T dan 2,4-D. Bahan kimia ini bukan sahaja telah merosakkan alam sekitar malah menyebabkan masalah kesihatan utama kepada ramai individu yang terdedah kepadanya.
Sebanyak empat juta orang di Vietnam telah terdedahkan kepada bahan peranggas ini. Pemerintah Vietnam mengatakan sebanyak 3 juta orang telah menderita penyakit akibat terdedahan kepada Agen Jingga.[3] Palang Merah Vietnam menanggarkan lebih sehingga 1 juta orang yang kekurangan upaya atau mempunyai masalah kesihatan akibat Agent Orange yang tercemar.[4] Pemerintah Amerika Syarikat telah mencabar maklumat ini atas alasan ia tidak kukuh.[5] Bahan kimia ini mampu merosakkan gen sehingga mengakibatkan kecacatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan mangsa yang terdedah. Pemerintah negara tersebut turut mencatatkan bilangan kes leukemia, limfoma Hodgkin dan pelbagai jenis kanser yang lebih tinggi dalam kalangan veteran perang yang terdedah. Agen ini juga menyebabkan kerosakan persekitaran besar di Vietnam. Lebih 3,100,000 hektar (31,000 km2 atau 11,969 mi2) hutan telah diranggas. Bahan peranggas dalam racun mengekikis pokok pelindung dan stok anak hutan saham, menyukarkan proses penghutanan semula di banyak tempat. Kepelbagaian spesies haiwan di kawasan yang terjejas dikurangkan secara mendadak jika dibandingkan dengan kawasan yang tidak diracunkan.
Impak pengunaan Agen Jingga di Vietnam mengakibatkan tindakan undang-undang secara bersar-besaran. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu meratifikasikan Resolusi Perhimpunan Agung 31/72 dan Konvensyen Modifikasi Alam Sekitar pada tahun 1978. Tuntutan mahkamah difailkan bagi kedua-dua pihak veteran-veteran perang Amerika Syarikat dan Vietnam untuk mendapatkan pampasan ganti rugi.
Komposisi kimia
[sunting | sunting sumber]Bahan utama Agent Orange terdiri daripada campuran dua bahagian sama racun fenoksil – iaitu asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D) dan asid 2,4,5-triklorofenoksiasetik (2,4,5-T) – dalam bentuk ester iso-oktil yang mengandungi kesan surih 2,3,7,8-tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD).[6]
Dioksin TCDD ialah suatu bahan pencemar utama dalam Agent Orange yang paling toksik, malah ia dikelaskan sebagai karsinogen buatan manusia oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat.[7]
Agen ini mengering selepas disemburkan dan mengurai selepas beberapa jam ke hari apabila dikenakan sinaran matahari (jika tidak diikat pada permukaan biiologikal seperti tanah, daun atau rumput) lalu ia tidak membahayakan.[8]
Toksikologi
[sunting | sunting sumber]TCDD bersifat mudah larut dalam lemak, oleh itu ia masuk ke dalam tubuh melalui sentuhan fizikal atau pengambilan melalui mulut.[9] Dioksin terkumpul dengan mudahnya dalam rantai makanan. Dioksin memasuki tubuh dengan mengikat kepada sejenis protein khusus dipanggil reseptor hidrokarbon aril (aryl hydrocarbon receptor, AhR), sebuah faktor transkripsi. Ketika TCDD mengikat bersama AhR, protein racun tersebut bergerak ke nukleus di mana ia mempengaruhi gen.[10][11]
Penggunaan awal
[sunting | sunting sumber]Semasa Darurat Tanah Melayu (1948-1960), United Kingdom merupakan negara pertama yang menggunakan racun dan peranggas untuk memusnahkan semak samun, pohon dan tumbuh-tumbuhan untuk menghalang pemberontak dari bersembunyi. Tanaman makanan turut disasarkan sebagai sebahagian kempen daripada kelaparan kempen pada awal 1950-an.[12] Catatan terperinci pengujikajian pihak British mengenai senjata semburan racun ditulis oleh dua orang saintis, E. K. Woodford dari Unit Eksperimen Pertanian Majlis Penyelidikan Pertanian Kerajaan U.K dan H. G. H. Kearns dari Universiti Bristol.
Selepas konflik tersebut berakhir pada tahun 1960, Amerika Syariikat melihat United Kingdom mewujudkan duluan British dalam memutuskan bahwa penggunaan peranggas sebagai suatu taktik perang yang dibenarkan. Setiausaha Negara Dean Rusk menasihatkan Presiden John F. Kennedy mengenai kewujudan duluan ini melalui kaedah peperangan di Tanah Melayu.[13]
Kegunaannya dalam Perang Vietnam
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan tahun 1961, Presiden Vietnam Selatan Ngo Dinh Diem meminta Amerika Syarikat untuk menjalankan penyemburan racun udara di negaranya.[14] Pada bulan Ogos tahun itu, Tentera Udara Republik Vietnam menjalankan operasi peracunan dengan bantuan Amerika. Walau bagaimanapun, permintaan Diem menyebabkan suatu perbahasan dasar di Rumah Putih serta Jabatan-Jabatan Negeri dan Pertahanan. Bagaimanapun, para pegawai berhasrat mahu menggunakan taktik ini dengan merujuk kepada duluan yang dibuat United Kingdom semasa Darurat Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Pada bulan November 1961, Presiden John F. Kennedy menguatkuasakan permulaan Operasi Ranch Hand, iaitu nama gelaran untuk program peracunan Angkatan Udara Amerika Syarikat di Vietnam.
Agent Orange biasanya disemburkan helikopter atau dari pesawat terbang rendah C-123 Provider yang dilengkapi dengan penyembur dan sistem pam "MC-1 Hourglass" pam sistem dan tangki kimia 1,000 galon Amerika (3,800 L). Semburan juga dijalankan dari trak, bot, dan penyembur galasan.[15][16][17]
Kumpulan pertama herbisida telah diletakkan di Pangkalan Udara Tan Nhut di Vietnam Selatan pada 9 Januari 1962.[18] Catatn Angkatan Udara AS menunjukkan sekurang-kurangnya 6,542 misi penyemburan ini berlangsung sepanjang Operasi Ranch Hand.[19] Pada 1971, 12 peratus dari jumlah kawasan Vietnam Selatan telah disembur dengan bahan peranggas kimia, dengan kepekatan rata-rata 13 kali lebih daripada kadar pemakaian dalam negeri yang disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.[20] Dalam Vietnam Selatan sendiri, kira-kira 10 juta hektar tanah pertanian dimusnahkan secara sepenuhnya.[21] Dalam beberapa kawasan, kepekatan TCDD dalam tanah dan air adalah ratusan kali lebih besar daripada tahap selamat Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat.[22][23]
Kempen ini telah memusnahkan 5 juta ekar (20,000 km2) hutan-hutan tanah tinggi dan bakau serta berjuta-juta hektar tanaman.[24] Secara keseluruhannya, lebih dari 20% hutan Vietnam Selatan hutan telah disembur racun sekurang-kurangnya sekali selama sembilan tahun.
Tentera Amerika Syarikat mensasarkan tanaman makanan pada Oktober 1962 dengan penggunaan sejenis racun yang berkaitan bernama Agent Blue ("Agen Biru"). Para penduduk awam Amerika tidak diberitahukan mengenai rancangan pemusnahan tanaman ini sehingga tahun 1965 (penyemburan tersebut dikatakan juga telah bermula pada musim bunga tahun itu). Pada tahun 1965, sebanyak 42 peratus semburan racun rumpai dikhususkan untuk tanaman makanan. Pemakluman secara rasmi mengenai rancangan-rancangan datang daripada Jabatan Negeri Amerika Syarikat pada Mac 1966.[25][26]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Buckingham. "The Air Force and Herbicides" (PDF). AFHSO.
- ^ "Agent Orange Linked To Skin Cancer Risk". January 29, 2014.
- ^ "Agent Orange Still Haunts Vietnam, US". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 2007-06-14. ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2017-03-29.
- ^ Jessica King (2012-08-10). "U.S. in first effort to clean up Agent Orange in Vietnam". CNN. Dicapai pada 2012-08-11.
- ^ "Defoliation" entry in Tucker, Spencer C., penyunting (2011). The Encyclopedia of the Vietnam War (ed. 2nd). ABC-CLIO. ISBN 978-1-85109-961-0.
- ^ Institute of Medicine; Committee to Review the Health Effects in Vietnam Veterans of Exposure to Herbicides (1994). Veterans and Agent Orange: Health Effects of Herbicides Used in Vietnam. National Academies Press. m/s. 90. ISBN 978-0-309-04887-3.
- ^ "Tox Town – Dioxins – Toxic chemicals and environmental health risks where you live and work". toxtown.nlm.nih.gov. Dicapai pada 12 Mac 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Facts About Herbicides – Public Health". US Department of Veterans Affairs, Veterans Health Administration. Dicapai pada 20 Februari 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Yonemoto, Junzo (2000). "The Effects of Dioxin on Reproduction and Development". Industrial Health. 28: 259–268.
- ^ Ngo, Anh Duc; Taylor, Richard; Roberts, Christine L. (2006). "Association Between Agent Orange and Birth Defects: Systematic Review and Meta-Analysis". International Journal of Epidemiology. 35 (5): 1220–1230. doi:10.1093/ije/dyl038.CS1 maint: multiple names: authors list (link) Selenggaraan CS1: Nama yang banyak: authors list (link)
- ^ Palmer, Michael (2007). "The Case of Agent Orange". Contemporary Southeast Asia. 29: 172–195.
- ^ Haberman, Clyde (2014-05-11). "Agent Orange's Long Legacy, for Vietnam and Veterans". The New York Times. Dicapai pada 2017-02-24. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan)Lebih daripada satu|work=
dan|newspaper=
dinyatakan (bantuan) - ^ Bruce Cumings (1998). The Global Politics of Pesticides: Forging Consensus from Conflicting Interests. Earthscan. m/s. 61.
- ^ Buckingham, William (1982). Operation Ranch Hand: The Air Force and Herbicides in Southeast Asia, 1961-1971. CreateSpace Independent Publishing Platform. m/s. 11–12. ISBN 1453821821.
- ^ Schuck, 1987: p. 16
- ^ Agent Orange and Cancer, American Cancer Society, 2010
- ^ Young, 2009: p. 26
- ^ Hay, 1982: p. 151
- ^ Furukawa, Hisao (2004-01-01). Ecological Destruction, Health, and Development: Advancing Asian Paradigms (dalam bahasa Inggeris). Trans Pacific Press. ISBN 9781920901011.
- ^ SBSG, 1971: p. 36
- ^ Luong, 2003: p. 3
- ^ Fawthrop, Tom; "Vietnam's war against Agent Orange", BBC News, June 14, 2004
- ^ Fawthrop, Tom; "Agent of Suffering", Guardian, February 10, 2008
- ^ Fuller, Thomas (2012-08-09). "U.S. Moves to Address Agent Orange Contamination in Vietnam". The New York Times. Dicapai pada 2017-03-10.
- ^ Verwey, 1977
- ^ "kolko-144-145"
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- U.S. Environmental Protection Agency – Dioxin
- Agent Orange Pejabat Kesihatan Awam dan Bahaya Alam Sekitar, Jabatan Hal Ehwal Veteran Perang Amerika Syarikat
- Report from the National Birth Defects Registry - Birth Defects in Vietnam Veterans' Children