Pergi ke kandungan

Agensi Polis Negara (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan Agensi Polis Negara

Agensi Polis Negara (警察庁, Keisatsu-chō) ialah sebuah pertubuhan kerajaan yang ditadbir oleh Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dari Pejabat Kabinet dalam kabinet Jepun, selaku agensi penyelarasan pusat sistem polis Jepun.

Tidak seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Polis Negara Jepun tiada pegawai polis sendiri. Sebaliknya, peranannya adalah menetapkan piawaian dan dasar am, namun sewaktu darurat negara atau bencana besar, agensi ini dibenarkan untuk memerintah angkatan-angkatan polis wilayah. Dasar Agensi Polis Negara sendiri ditetapkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Awam Negara.

Pertubuhan

[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Am Agensi Polis Negara, pegawai polis berpangkat tertinggi (警察庁長官 Keisatsu-chō Chōkan)

    • Timbalan Pesuruhjaya Am (次長 Jichō)
    • Urusetia Pesuruhjaya Am (長官官房 Chōkan Kanbō)
  • Biro Keselamatan Masyarakat (生活安全局 Seikatsu Anzen-kyoku)
  • Biro Penyiasatan Jenayah (刑事局 Keiji-kyoku)
    • Jabatan Jenayah Terancang (組織犯罪対策部 Soshiki Hanzai Taisaku-bu)
    • Jabatan Keselamatan
  • Biro Trafik (交通局 Kōtsū-kyoku)
  • Biro Keselamatan (警備局 Keibi-kyoku)
    • Jabatan Hal-Ehwal Luar dan Perisikan (外事情報部 Gaiji Jōhō-bu)
  • Biro Info-komunikasi (情報通信局 Jōhō Tsūshin-kyoku)
  • Akademi Polis Negara (警察大学校 Keisatsu Dai-gakkō)
  • Institut Penyelidikan Sains Polis Negara (科学警察研究所 Kagaku Keisatsu Kenkyū-sho)
  • Ibu Pejabat Pengawal Diraja (皇宮警察本部Kōgū-Keisatsu Honbu)
  • Biro Serantau
    • Biro Polis Kawasan Tohoku (東北管区警察局 Tōhoku Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Kanto (関東管区警察局 Kantō Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Chubu (中部管区警察局 Chūbu Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Kinki (近畿管区警察局 Kinki Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Chugoku (中国管区警察局 Chūgoku Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Shikoku (四国管区警察局 Shikoku Kanku Keisatsu-kyoku)
    • Biro Polis Kawasan Kyushu (九州管区警察局 Kyūshu Kanku Keisatsu-kyoku)
  • Jabatan Komunikasi
    • Jabatan Info-Komunikasi Polis Metropolitan Tokyo (東京都警察情報通信部 Tōkyō-to Keisatsu Jōhō Tsūshin-bu)
    • Jabatan Info-Komunikasi Polis Hokkaido (北海道警察通信情報部 Hokkaidō Keisatsu Tsūshin Jōhō-bu)

Lembaga-lembaga seliaan NPA

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]