Pergi ke kandungan

Adza Rinawati Adenan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adza Rinawati Adenan
Kulit album kumpulan D'Adza Sister's
Latar belakang
Nama lahirAdza Rinawati binti Adenan
Kelahiran (1982-09-15) 15 September 1982 (umur 42)
Kulim, Kedah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1992 - 2000-an
Syarikat rakaman
Gitu-Gitu Production [1]
Pengkarya berkait
Kumpulan D'Adza Sister's

Adza Rinawati Adenan (lahir: 15 September 1982) adalah seorang penyanyi, pelakon serta anggota kumpulan penyanyi D'Adza Sister's, D'Adza band, Electric 5 & Prime Time.

Dilahirkan di Kulim, Kedah, Rina merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Beliau mula menyanyi sejak di berusia 8 tahun bersama kakaknya Adza Tutyrianti di pertandingan nyanyian dan pernah membuat persembahan dalam beberapa rancangan kanak-kanak Angkasapuri sekitar tahun 1990.

Pada 1999, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula menyanyi bersama kakak sulungnya Adza Adzriyati yang juga seorang penyanyi dari NAR Records dengan nama pentas Iyanie, di sebuah kelab latin terkenal ibukota iaitu El Nino bersama live band Latin diketuai arwah Halil Chik. Setelah beberapa bulan, Rina dan kakak sulungnya itu menubuhkan kumpulan D'Adza bersama kakak-kakaknya yang lain iaitu Adza Tutyrianti yang ketika itu sedang aktif berlakon dan bekas ahli kumpulan wanita G.I.M dan Adza Irdawati yang merupakan seorang penulis skrip, model dan pelakon ketika itu.

Berbekalkan imej sebagai kumpulan wanita adik beradik, mereka merakamkan single pertama mereka Apa Kau Rasa hasil ciptaan Hadi Hassan dan lirik oleh Jasmin. Mereka juga pernah berlakon sebagai watak sendiri dalam VCD arahan dan lakonan Saiful Apek bertajuk OK pada 2004, dimana skrip ditulis oleh Adza Irdawati. Melalui drama tersebut mereka merakamkan single kedua mereka bertajuk Kembalilah dalam dua versi, berkumpulan dan juga duet bersama Saiful Apek.

Selain itu, Rina juga pernah berlakon dalam drama Mengajar Syurga Di Hujung Jalan bersama kakaknya Adza Tutyrianti di mana Mahmud Ali Bashah sebagai pelakon utama. Rina juga pernah berlakon dalam beberapa iklan PSA, dan menjadi model video clip di awal 90an.

Kontrak pertama Rina bersama D'Adza band adalah di Sri Nira Lounge, Pacific Hotel Port Dickson. Kemudian mereka mula membuat persembahan bersama beberapa ahli baru pemuzik lelaki di Blue Moon lounge Equatorial Hotel KL, Dorsett Regency, China White, Concorde Hotel KL, Shangri La Hotel KL, Times Square Hotel KL, Concorde Hotel Shah Alam, Luna Bar, Pacific Hotel KL, Legend Hotel KL, Royale Chulan Hotel KL, G Tower, Wow Saloma Bistro Matic, dan banyak lagi.

Setelah bersama 15 tahun, kumpulan D'Adza mula berhenti membuat persembahan kontrak setiap malam, tetapi lebih kepada membuat persembahan sekali sekala di majlis-majlis corporate dan makan malam sehingga kini.

Pada 2014 Rina menyertai kumpulan rock Electric 5 dengan membuat persembahan setiap malam di Royale Chulan Hotel KL, Cafe Society Zouk, G Tower, Rock Bottom Changkat, dan Wow KL MATIC sehingga 2018.

Pada 2018 Rina menyertai kumpulan Prime Time yang dianggotai oleh Rik Omar (drum), Riza (keyboard) dan Marina (bass) dengan berkonsep lagu-lagu old school, retro dan terkini. Prime Time Masih aktif membuat persembahan sehingga hari ini. Antara tempat persembahan Prime Time adalah di WIP, BSC Bangsar, Souled Out Hartamas, Mezze Damansara, The Social Subang Empire, Sarastro Tribeca KL dan banyak lagi.

Kemudian, Rina mula menceburkan diri dalam bidang kecergasan sebagai instructor Zumba sejak 2014. Antara studio yang pernah dia mengajar Zumba ialah di Excellento Fitness, Rockafella Gym, 2Twenty2 Studio, Funky Fresh Studio, Myfit Studio, Rockstar Gym, Madness Studio Shah Alam, Anytime Fitness Setapak, SWET Setapak dan banyak lagi termasuk kelas-kelas korporat.

Terbaru, Rina kini bekerja sebagai copywriter di sebuah syarikat pengiklanan sehingga ke hari ini.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]