Pergi ke kandungan

Adob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan bata jemuran yang sedang dikeringkan di kampung Milyanfan, Kyrgyzstan
Dinding bata jemuran di Bahillo, Palencia, Sepanyol
Pembaharuan permukaan pelapis dari dinding bata jemuran di Chamisal, New Mexico
Taman-taman kota dipisahkan dinding bata jemuran di Shiraz, Iran.

Adob, bata jemuran, atau bata jemur[1] adalah sebuah bahan binaan yang terbuat dari campuran tanah dan bahan organik lain yang meluas di beberapa wilayah bekas jajahan Sepanyol seperti Barat Daya Amerika Syarikat melanjut kepada berbagai gaya seni bina yang berkaitan dengannya. Ia adalah salah satu bahan bangunan awal dan digunakan di seluruh dunia. Sifatnya serupa bangunan tanah mampat yang ada di Asia Tengah.

Pembinaan berasaskan jenis bata ini telah diketahui lebih awal dari 5,100 Sebelum Masihi.[2]

Bangunan bata jemuran sangat tahan lama di kawasan beriklim kering, ia digunakan untuk membangun beberapa bangunan tertua yang ada di dunia. Binaan-binaan bata ini memberi manfaat yang signifikan kerana jisim suhu yang lebih besar. Meskipun demikian, binaan bata jemuran sangat rentan kepada gempa bumi jika tidak diperkuatkan.[3][4] Kes-kes pemerhatian yang menunjukkan mana bangunan bata jemuran yang rosak akibat kesan gempa bumi, antara lain di Qayen tahun 1997, Guatemala tahun 1976, Bam tahun 2003, dan Chile tahun 2010.

  1. ^ "adobe". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012. m/s. 22. ISBN 9836222820.
  2. ^ Mauricio, Ana Cecilia; Grieseler, Rolf; Heller, Andrew R.; Kelley, Alice R.; Rumiche, Francisco; Sandweiss, Daniel H.; Viveen, Willem (2021-11-30). "The earliest adobe monumental architecture in the Americas". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 118 (48). Bibcode:2021PNAS..11802941M. doi:10.1073/pnas.2102941118. ISSN 0027-8424. PMC 8640935 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34782482 Check |pmid= value (bantuan).
  3. ^ Short documentary about adobe preparation and Diarkibkan 2017-06-24 di Wayback Machine 2010 Chile earthquake Livingatlaschile.com, FICh, retrieved 5 March 2014
  4. ^ Collyns, Dan (15 August 2009). "Peru rebuilds two years on from quake". news.bbc.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2009. Dicapai pada 24 August 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan) the 1976 Guatemala earthquake the 2003 Bam earthquake