Adam Corrie
Adam Corrie | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Frankie Lee, Corrie Lee, Adam Corrie Lee bin Abdullah |
Pekerjaan | Pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, Usahawan, pendakwah bebas |
Tahun aktif | 1984–kini |
Pasangan | Fazima Fuad (k. 2008)[1] |
Anak-anak | Adam Fateh Lee |
Anugerah | Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 2017 (Saudara Kita) |
Laman web rasmi | www |
Adam Corrie; (lahir 11 November 1968) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.
Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali.
Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuk Spinning Gasing (2001), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), GK3 The Movie (2005), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010) dan KL Gangster (2011–2013).[2] Sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 di ruangan HIdayah. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer).
Pada tahun 2017, Beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah[3] - Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, beliau juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya ialah Juara Peter Stuyvesant Dance Competition pada 1995 dan Juara Big 2 World Dance Championship di Filipina pada 1999 dan banyak lagi.
Melalui pengalaman yang telah ditimba, beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal 1990. Beliau mula mengorak langkah setapak sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu Spinning Gasing pada tahun 1998 (ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee) dan sehingga kini beliau tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan bidang fesyen dengan menjual kemeja-T, kurta , baju melayu, jubah dan sebagainya di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie www.adamcorrie.co sejak 2014 hingga kini di Busana@Menara Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Dari 2009 hingga 2013, beliau paling dikenali menerusi kerjasamanya bersama Syamsul Yusof di mana beliau telah berlakon dalam empat filem arahan Syamsul. Dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), beliau memegang watak sebagai John, seorang bapa ayam dan orang kanan Azam lakonan Aaron Aziz.[4] Adam Corrie memegang watak sebagai Alex, ketua samseng dan sindiket dadah dalam filem Evolusi KL Drift 2 yang menjadi kejayaan pecah panggung.[5] Beliau seterusnya memegang watak Dragon dalam filem aksi KL Gangster yang meraih kutipan RM11 juta,[6] Adam Corrie kembali menjayakan semula wataknya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada Oktober 2013.[7]
Kini, membuka sebuah lagi perniagaan makanan dengan membuka restoren di bawah jenama KOPIHUT yang pertama di Bandar Sri permaisuri , Cheras Kuala Lumpur pada bulan Julai 2024.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Julai 2007, beliau telah kembali pada fitrah secara rasmi.[Nota 1] Berasal dari keluarga Cina yang menganuti agama Buddha. Beliau giat belajar mengenali Islam sebelum memeluk Islam lagi.[9] Beliau mempelajari bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.[10]
Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.[11]
Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabat-pejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah[12] yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.[13]
Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi penggambaran.[14] Selain itu beliau juga dimanipulasikan gambar dan penampilannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan agenda politik sehingga menjejaskan imej beliau sebagai artis yang neutral dalam politik. [15][16][17]
Cabang lain
[sunting | sunting sumber]Kembara Iman Saudara Baru diwujudkan oleh Adam Corrie iaitu satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah. Program pertama beliau pada 10 Jun 2015 telah berjaya membawa seramai 23 orang saudara baru dengan mengumpul dana dari orang perseorangan. Manakala Kembara Iman Saudara Baru kedua,[18] iaitu pada tahun 2016, Adam Corrie telah membawa 40 orang saudara baru dengan jayanya. Beliau juga telah memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah Malaysia, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Spinning Gasing | Taiko | Filem pertama, sebagai Frankie Lee |
2003 | City Sharks | Jimmy | Filem Singapura |
Paloh | Wong | Sebagai Corrie Lee | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Chong | |
2005 | Pontianak Menjerit | Somchai | |
GK3 The Movie | Michael | ||
2008 | Kala Malam Bulan Mengambang | Corey | |
2009 | Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | John | |
Setem | Lao | ||
Jin Notti | Boboy Gangster | ||
My Spy | Joy / Goon 1 | ||
2010 | V3 Samseng Jalanan | Sam Seng | |
Evolusi KL Drift 2 | Alex | Penampilan khas | |
2011 | KL Gangster | Dragon | |
Second Virgin | Filem Jepun | ||
Libas | Propchai | ||
Misteri Jalan Lama | Zak | ||
2013 | Gangster Celop | Ah Meng | Pelakon undangan |
Tau Fu Fah | David | ||
KL Gangster 2 | Dragon | ||
2014 | Gila Baby | Chong | |
Victory | Master | Filem Tamil | |
Kaki Kitai | Brenggo | ||
2015 | Cicakman 3 | Hassan | |
Darah Panas | Cicak | ||
Kapsul | Leftenan Junjiro Kodomo | ||
2016 | Zack Kapcai | Tauke | Penampilan khas |
Radhi Rudy Bin Dadu | Pelakon Perogol | ||
2017 | Cinta Paradoks | ||
2019 | Kafir | Brian | belum di tayangkan |
2020 | Ada Apa Dengan Dosa | Yusuf Lee | |
Tyckooouns | Pangsit | ||
2021 | Antaramasa | Michael | |
2022 | Anak Rimau The Movie | Wilson | |
2023 | Penanggal Mak Kiah | Pak Akub | |
Amin | Tuan Melur | ||
Bangkitkan Aku Kembali | Ustaz Daniel | Penampilan khas | |
2024 | Seram ke tu? | ||
Takluk: Lahad Datu | SAC Azizi | ||
Miftah Alam | Ustaz Adam |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003–2011, 2014–2021 | Gerak Khas | Pelbagai watak | TV2, TV3 | |
2005 | Meniti Bara | TV2 | ||
2006–2008 | Dilema Wanita | Pelbagai | TV1 | |
2007 | Fantasia Cinta Dobi | TV2 | ||
Mat Jenin | TV9 | |||
Selumbar di Hati Mama | Astro Prima | |||
Kaizer | TV3 | |||
Kisah Abang | Astro Ria | |||
2008 | KL Menjerit The Series | |||
2010 | Roh Kembali... | Chiko | TV3 | |
Katsarin | Sam Cai | TV2 | ||
Budak Kidal | Ah Meng | |||
2011 | Kapoww!! The Series | Astro Ria | ||
Ranjau Kehidupan | TV2 | |||
Beret Hijau | Sarjan Fong | TV1 | Musim pertama | |
Dewa Cintaku | TV3 | |||
Akinabalu | Sarjan Jepun | Astro Citra | Penampilan khas | |
2012–2013 | Metro Skuad | Peter | TV2 | |
2013 | Budak Kidal | TV1 | ||
Tanah Kubur (Musim 6) | Adam | Astro Oasis | Episod: "Muallaf" | |
Cinta Dan Wahyu | Rahman | TV AlHijrah | Pelakon undangan | |
Dendan 5 Beradik | Astro Box Office | |||
Roda-Roda Kuala Lumpur | TV2 | Episod: "Drifter Samseng" | ||
2014 | Titisan Darah Pahlawan | |||
Beret Hijau 2 | Lt. Fong | TV1 | Musim kedua | |
2015 | Sketso | Astro Warna | ||
2016 | Kerambit | Ismail | TV2 | |
2017 | Arluna | Astro Prima | ||
2018 | Terbaik Dariku | Tiger | TV3 | |
2019 | Jodoh-Jodoh Annisa | Jackie | Astro Ria | |
Imaan | Ah Beng | |||
La Luna | TV2 | di siarkan pada tahun 2022 | ||
Ombak Rindu The Series | Roland | Iflix | ||
2019–2020 | Suri Katriana | Chat Chai | Astro Prima | |
2021 | Oh My Netizen | TV2 | ||
Seram Tak Seram | Ah Meng | TV9 | ||
2022 | Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti | Tiger Chong | Astro Ria | Penampilan Khas |
Remang | Pakcik Hassan | TV3 | Episod "Pakcik Tumpang" | |
2023 | Jiran ku Sayang | Uncle Chan | TV1 | 13 Episode |
I Love You, Stupid | Hakeem | Viu & TV3 | ||
2024 | Ifrit | Mr Foo | Astro Original | 13 Episod |
Din Tiger | Lai Chee | UNIFI | 13 Episod | |
Sitcom : | RTM |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Seriau | Rocket | VCD |
2008 | Terminal Sayang | TV1 | |
2009 | Tuntutan Maut | TV3 | |
Platun Satria | |||
2010 | Bo Gat | Ricky Tan | TV2 |
Pak Nil Ibu Kirim Salam | Astro Prima | ||
2011 | Aku Bukan Julaibib | Adam | TV AlHijrah |
7 Lagu | Dagu | Astro Citra | |
2012 | Di Luar Bukan Syurga | TV2 | |
Tasbih Muallaf | Astro Prima | ||
2013 | Hafiz Tahfiz | TV AlHijrah | |
Kerana Anggun | Astro Prima | ||
Untukmu Muhammad | Razak | TV9 | |
Nasi Ayam Nasi Itik | TV1 | ||
2014 | Matahari Terbit Lagi | Leong | TV AlHijrah |
Bibir Tanpa Zikir | Baktihar | TV9 | |
2015 | Dendam 5 Beradik | Astro Citra | |
Kasih Marhanis | |||
2018 | Selirat | Baba | TV3 |
2019 | Terima Kasih Ibu | Brahim | |
2023 | Nek Bib Dari Langit | Pak Su |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
2009 | Mahsuri |
2010 | Magika |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2003 | Pastikan ORI Baru Beli | bersama Rahim Jailani, Salina Saibi dan Shaleen Cheah |
2015 | GST |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2003 | Akademi Fantasia (musim 1) | Astro Ria |
2004 | Akademi Fantasia (musim 2) | |
2005 | Mentor | TV3 |
2006 | Akademi Fantasia (musim 4) | Astro Ria |
2012 | Mari Menari (musim 1) | |
2013 | Salam Muslim | Astro Oasis |
Romantika | Astro Ria | |
Fundance | TV2 | |
2015 | Jalan Orang Mukmin (Musim 3) | TV AlHijrah |
2016 | Diari Fakir | Astro Prima |
Hajat : Masjid al-Aqsa | ||
2018 | Into Jannah | Astro Oasis |
2020 | Diari Hijrah | TV2 |
2022 | Sembang Sahur | TV3 |
2023 | Panoramo : Air Mata Palestine | TV1 |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995
- Juara - Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999
- Calon Tokoh Maal Hijrah Kesenian peringkat Wilayah Persatuan 2016
- Tokoh Maal Hijrah 1439h / 2017 - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor
- Ikon Jom Celik Al-Quran MAIWP 2020 [Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran 1]
- Duta MAIWP 2020 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran 1]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Faizal Saharuni. "Panggil sayang selepas bernikah". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 4 Februari 2014.
- ^ Sisi antagonis Adam Corrie Lee Diarkibkan 2014-09-12 di Wayback Machine Kosmo! (29 Mei 2011). Dicapai pada 17 November 2011.
- ^ Adam Corrie terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita Diarkibkan 2018-11-05 di Wayback Machine Kosmo! (22 September 2017). Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (9 April 2010). "Evolusi KL Drift 2 dapat sambutan". Berita Harian. Dicapai pada 15 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "KL Gangster memang terbaik". Utusan Malaysia. 19 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 Mac 2015.
- ^ Eddino Abdul Hadi (4 Oktober 2013). "Brothers gang up in KL Gangster 2". The Straits Times. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
- ^ "Adam Corrie". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 11 Disember 2013.
- ^ Pelakon Popular Tutup Rezeki Adam Corrie Diarkibkan 2014-02-27 di Wayback Machine mStar Online (19 Ogos 2013). Dicapai pada 17 November 2013.
- ^ Adam Corrie Lee Diarkibkan 2014-02-25 di Wayback Machine Utusan Malaysia (13 Ogos 2011). Dicapai pada 17 November 2011.
- ^ Mukjizat cahaya Islam - Adam Corrie Lee Abdullah Kosmo! (8 Disember 2008). Dicapai pada 17 November 2009.
- ^ Fitrah Ramadan 2014 peluang artis beramal Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2014.
- ^ Istiqamah Adam Corrie Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ Adam Corrie pernah dilarang solat di lokasi penggambaran Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 17 November 2015.
- ^ Adam Corrie rugi lebih RM40000 punca pencarian Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 17 November 2015.
- ^ Adam Corrie nafi sertai pas Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2014.
- ^ Saya bukan ahli Pas - Adam Corrie Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Utusan Malaysia (24 Mei 2014). Dicapai pada 17 November 2014.
- ^ Kembara Iman Saudara Baru Adam Corrie Dicapai pada 17 November 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran", tetapi tiada tag <references group="Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran"/>
yang berpadanan disertakan