Abdul Kadir Adabi
Penampilan
Abdul Kadir Adabi | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Kadir bin Ahmad 17 Ogos 1901 |
Meninggal dunia | 24 Februari 1944 | (umur 42)
Pusat pendidikan | Madrasah Muhamadiah |
Pekerjaan | Penulis |
Tahun aktif | 1921–1944 |
Karier menulis | |
Nama pena | Abdul Kadir Adabi |
Bahasa | Melayu |
Abdul Kadir bin Ahmad[1] atau lebih dikenali sebagai Abdul Kadir Adabi (17 Ogos 1901[2] – 24 Februari 1944[3]) ialah seorang pengarang, pemikir dan pejuang Melayu. Sepanjang hidup beliau, beliau ada banyak menulis tulisan sama ada cereka atau bukan cereka. Beliau ada menulis dalam majalah Pengasuh sebelum menjadi penyunting bagi majalah al-Hikmah. Selain itu, beliau turut menulis untuk majalah Edaran Zaman, Kencana, dan Putera. Antara cerpen dan novel yang pernah dikarang beliau termasuklah Acuman Mahkota, Sebelas Rejab dan Melati Kota Bharu.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "A. Kadir Adabi Berjuang melalui Mata Pena". klikweb.dbp.my. Dicapai pada 13 November 2019.
- ^ Khairol Anuar Harith Fadzillah. "Abdul Kadir Adabi: Pemikir Bangsa dan Budaya Ulung Kelantan". klikweb.dbp.my. Dicapai pada 13 November 2019.
- ^ Nik Mohamed bin Nik Mohd. Salleh, Dato' (1991). Warisan Kelantan. X. Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. m/s. 3.
- ^ Mohammad Saleeh Rahamad (2009). "Pengaruh Barat dalam Persuratan Melayu Awal di Malaysia" (PDF). Jurnal Pengajian Media Malaysia. 11 (1): 130. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2013-11-25. Dicapai pada 2019-11-12. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)