Abd. Aziz Yeop Jamaludin
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Jun 2023) |
Abd. Aziz Yeop Jamaludin Naib Presiden PAFA
Siapa Abd Aziz Yeop Jamaludin?
Dikenali ramai dengan panggilan mesra Yeop Aziz pernah berkhidmat dibawah sembilan Presiden PAFA secara keseluruhan dan merupakan satu-satunya Setiausaha kehormat yang dilantik daripada FA dearah.
Mula aktif di persatuan bolasepak dearah Kuala Kangsar dari tahun 1982 dengan menyandang perbagai jawatan di peringkat dearah sehinggalah dilantik sebagai Presiden persatuan bolasepak dearah Kuala Kangsar mulai tahun 1995 sehingga sekarang.
Khidmat di PAFA bermula tahun 1997 sebagai Exco PAFA. Pada awal tahun 2010 dilantik sebagai penolong setiausaha kehormat dan dari Ogos 2010 sehingga Oktober 2015 telah dilantik sebagai Setiausaha kehormat PAFA pula. Tahun 2016 pada tanggal 3 Ogos telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Penyelaras Liga Bolasepak Rakyat (LBR) selama dua tahun sehingga 21 Julai 2018. Pada 23 Julai 2018 telah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PAFA selain memegang jawatan sebagai Naib Presiden yang dimenangi semasa bertanding di kongres PAFA pada 21 Julai 2018.
Penglibatan Dalam Persatuan Peringkat Daerah
[sunting | sunting sumber]- 1982 - 1988 AJK Persatuan Pengadil Bolasepak Daerah Kuala Kangsar
- 1984 - 1988 AJK Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar
- 1989 - 1991 Penolong Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar
- 1992 - 1995 Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar
- 1995 - sekarang Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar Perak
- 2018 - sekarang Ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Daerah Kuala Kangsar
- 1 November 2022-sekarang Ketua Pegawai Operasi (COO) Kelab Bolasepak BRM Kuala Kangsar
Penglibatan Dalam Persatuan Peringkat Negeri
[sunting | sunting sumber]- 1994 - 1996 Timbalan Presiden Persatuan Pengadil Bolasepak Perak
- 1995 - 2010 Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Melayu Perak (PBMP)
- 1997 - 2015 Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)
- 1 April 2010 Penolong Setiausaha Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)
- 9 Ogos 2010-6 Oktober 2010 Setiausaha kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)
- 2014 - 2015 Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak
- 23 Julai 2018 -2021 Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak PAFA
- 23 Julai 2018 – 2023 Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak PAFA
Penglibatan Dalam Persatuan Peringkat Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]- 25 Jun 2014 Jk Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia FAM dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FAM
- 25 Mac 2017 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM
- 03 Ogos 2016-5 Oktober 2018 Ketua Pegawai Penyelaras Liga Bolasepak Rakyat
- 10 Mei 2018-2021 Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM
- 1 Mac 2019-2021 Ketua Pegawai Eksekutif Unity Football League UFL
- 2021-2025 Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan/Antarabangsa FAM
Penglibatan Dalam Pengurusan Pasukan Negeri
[sunting | sunting sumber]- 2002 Penolong Pengurus Piala Presiden dan pasukan Perak di SUKMA IX Sabah
- 2003 dan 2004 Penolong Pengurus pasukan Piala Presiden Perak
- 2004 Pengurus pasukan Akademi Bolasepak Perak
- 2006 Pengurus pasukan Perak di SUKMA XI Kedah
- 2006 - 2008 Pengurus pasukan Belia Perak
- 2010 Pengurus pasukan Perak di SUKMA XII Melaka LAIN-LAIN
- 1988 Lulus peperiksaan pengadil kelas 3 FAM
- 1997 Lulus kursus Sains Sukan Tahap 1 anjuran Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan
- 26 May 2015- 1 Jun 2015 Menghadiri Kongress ke 65 FIFA dan Seminar Perubatan FIFA di Zurich, Switzerland
Pengalaman
[sunting | sunting sumber]- Pengurusan / Pentadbiran bolasepak di peringkat Daerah selama 41 tahun
- Pengurusan / Pentadbiran bolasepak di peringkat negeri selama 29 tahun
- Persatuan Pengadil Perak - 3 Tahun (1994 -1996)
- Persatuan Bolasepak Melayu Perak - 15 Tahun (1995 - 2010)
- Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) - 26 Tahun (1997 - 2023)
- Pengurusan dan pentadbiran di peringkat kebangsaan
- Persatuan Bolasepak Malaysia ( AM) - 9 tahun (2014 - sekarang)
- Liga Bolasepak Rakyat (LBR) - 2 Tahun (2016 - 2018)
- Mengurus pasukan bolasepak di peringkat negeri untuk pasukan Akademi, Piala Belia, Piala Presiden dan SUKMA.
- Menjadi Pengadil dan Jurulatih di peringkat daerah Kuala Kangsar.