Pergi ke kandungan

APL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
APL
ParadigmaTatasusunan, fungsian, berstruktur, bermodul
Muncul pada1964
Direka olehKenneth E. Iverson
PembangunKenneth E. Iverson
Disiplin penjenisanDinamik
Pelaksanaan utamaIBM APL2, Dyalog APL, APL2000, Sharp APL
DialekA+
DipengaruhiNotasi matematik
MempengaruhiJ, K, Nial

APL (bahasa Inggeris: A Programming Language) ialah sebuah bahasa pengaturcaraan tatasusunan berasaskan notasi yang direka oleh Kenneth E. Iverson pada tahun 1957 ketika berada di Universiti Harvard. Ia bermula sebagai suatu percubaan untuk memberikan notasi yang tekal bagi mengajar dan menganalisis topik-topik yang berkait dengan aplikasi komputer. Notasi ini kemudiannya dipergunakan untuk menghuraikan seni bina mesin Sistem/360 IBM, huraian yang jauh lebih ringkas dan tepat, berbanding dengan dokumentasi ketika itui dan mendedahkan sebilangan masalah yang tidak disedari sebelum ini. Kemudian, bebola taip Selectric direka khusus untuk menulis notasi dalam gambaran mendatar. Pada tahun 1964, sebuah subset notasi dipergunakan sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan.

Pada tahun 1962, Iverson menerbitkan notasinya dalam sebuah buku yang berjudul A Programming Language, dengan APL dinamai sempena judul buku itu. Bagaimanapun sejak dari awal lagi, APL banyak berbeza daripada notasi yang dihuraikan oleh Iverson dalam bukunya. Pada tahun 1979, Iverson menerima Anugerah Turing untuk hasil kerjanya.

Sebagaimana dengan semua bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan selama beberapa dekad, APL telah berkembang dan berubah dengan ketara. Walaupun demikian, ia umumnya mengekalkan keserasian dengan versi-versinya yang lebih awal serta juga umumnya mempunyai ciri-ciri penafsiran dan saling tindak, ciri-ciri yang dihargai oleh penggunanya. Tambahan lagi, kekurangan dukungannya pada peringkat awal terhadap pengaturcaraan berstruktur telah dibetulkan dalam kebanyakan pelaksanaan APL moden.

Salah satu aspek APL yang banyak dikritik (dan diraikan) ialah penggunaan set aksara khas yang menunjukkan operasi-operasi yang dilaksanakan secara visual. Aksara-aksara ini telah digabungkan ke dalam Unikod, dan dimasukkan melalui pemetaan papan kekunci atau Editor Kaedah Input.

Iverson kemudian mengerjakan APL semula menjadi sebuah bahasa yang dikenali sebagai J. Bahasa pengaturcaraan J bukan sahaja meningkatkan kuasa gambaran secara ketara, tetapi juga menggunakan ASCII tulen (dengan dwigraf) sebagai ganti untuk set aksara khasnya yang dikritik.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Organisasi dan Vendor:

Bahasa dan loghat berkait:

  • Laman web Jsoftware – J ialah bahasa tatasusunan Iverson yang lebih baru dan yang menggunakan fon ASCII yang piawai
  • Laman web Aplusdev – A+ ialah sebuah pelaksanaan sumber terbuka yang mempunyai banyak ciri yang serupa dengan APL
  • Laman web KX – kdb+ yang digunakan untuk pangkalan data hubungan yang berprestasi tinggi
  • NumPy ialah sebuah pakej Python untuk pengaturcaraan tatasusunan dan saintifik
  • Laman web Simmunity – bahasa pengaturcaraan terkompil berasaskan APL yang direka bentuk untuk aplikasi-aplikasi kerjasama internet

Pengkompil:

Sejarah:

Aplikasi:

Pandangan peribadi :

Error: tiada nama laman disertakan (help).