AO-63
AO-63 | |
---|---|
Jenis | Raifal gempur |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Spetsnaz |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | S. G. Simonov and P. A. Tkachev |
Direka | 1986 |
Pengeluar | TsNIITochMash |
Spesifikasi | |
Berat | 3.68 kg |
Panjang | 890 mm |
Kartrij | 5.45x39mm |
Kaliber | 5.45mm |
Laras | 2 |
Kadar tembakan | 850-6000 butir/min |
Jarak tembakan efektif | 600 meter |
Sistem suapan | Lelopak kotak serasi AK-74 (45 atau 60 butir) |
Penglihatan | Pejera besi |
AO-63 adalah raifal gempur dua laras Soviet, yang mampu tembakan automatik sepenuhnya, dengan kebuk untuk peluru 5.45x39mm. Ia direka oleh S.G. Simonov dan P.A. Tkachev, dan dihasilkan oleh TsNIITochMash[1].
Raifal ini dapat mencapai tahap maksimum tembakan 6,000 butir/min, ketika menembak dalam mod letus dua peluru, sehingga menjadikannya raifal gempur terpantas diketahui. Menurut beberapa sumber senjata itu menggunakan sistem suapan tatarajah laras atas/bawah dengan lelopak peluru di bahagian atas dengan kapasiti 50 atau 100 butir.
Raifal gempur AO-63 digunakan oleh Spetsnaz ketika percubaan "Abakan" pada pertengahan 1980-an, dalam usaha mencari alternatif yang lebih tepat untuk mengambil alih peranan AK-74, dengan AN-94 menjadi pemenang di antara pelbagai senjata lain[2].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Project "Abakan"
- ^ Ружье" 1_1998 "Эйнштейн, Чехов и Платон?