Pergi ke kandungan

7 World Trade Center

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
7 World Trade Center
7 World Trade Center sekarang
(pandangan dari tenggara)
Map
Maklumat umum
JenisPejabat
Lokasi250 Greenwich Street
Bandaraya New York, New York, Amerika Syarikat
NegaraAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat40°42′48″N 74°00′43″W / 40.7133°N 74.0120°W / 40.7133; -74.0120Koordinat: 40°42′48″N 74°00′43″W / 40.7133°N 74.0120°W / 40.7133; -74.0120
Pembinaan bermula2002
Disiapkan pada2006
Pembukaan23 Mei 2006
Dirasmikan pada23 Mei 2006 Sunting nilai ini di Wikidata
PemilikSilverstein Properties (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat ketinggian
Tinggi225 m Sunting nilai ini di Wikidata
Bumbung741 ka (226 m)
Butiran teknikal
BahanKonkritkelulikaca Sunting nilai ini di Wikidata
Bilangan tingkat52
Keluasan tingkat1.7 juta batu persegi
158,000 m²
Lif/mesin pengangkat29 Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekDavid Childs (SOM)
PemajuSilverstein Properties
Jurutera penstrukturanWSP Cantor Seinuk
Kontraktor utamaLarry Silverstein (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
http://www.wtc.com/about/office-tower-7 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

7 World Trade Center ialah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan dari tapak World Trade Center di Lower Manhattan, Bandar Raya New York. Ia merupakan bangunan kedua yang membawa nama dan alamat itu di lokasi itu. Bangunan yang asal disiapkan pada tahun 1987, tetapi dimusnahkan dalam serangan pengganas. Bangunan 7 World Trade Center yang kini pula dibuka pada tahun 2006 di atas tapak 7 World Trade Center yang lama. Kedua-dua bangunan dimajukan oleh Larry Silverstein yang memegang pajakan tanah untuk tapak itu dari Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey.

7 World Trade Center yang asal tingginya 47 tingkat, dilitupi seni pertukangan baru yang merah, dan menduduki sebuah tapak berbentuk trapezoid. Sebatang jejantas menghubungkan bangunan ini dengan plaza World Trade Center. Bangunan ini terletak di atas sebuah substesen janakuasa Consolidated Edison (Con Ed) yang mendatangkan kekangan reka bentuk struktur yang unik. Apabila bangunan itu dibuka pada tahun 1987, Silverstein berdepan dengan kesusahan menarik penyewa. Pada tahun 1988, Salomon Brothers menandatangani pajakan jangka panjang lalu menjadi penyewa utama bangunan ini. Pada 11 September 2001, 7 WTC dirosakkan oleh serpihan-serpihan yang jatuh daripada WTC yang runtuh. Serpihan-serpihan itu juga mencetuskan api yang terus membara sepanjang petang di aras-aras bawah bangunan. Sistem pemadam api dalam bangunan kekurangan tekanan air untuk membasmi api itu, maka bangunan itu runtuh sepenuhnya pada 5:21:10 petang.[1] Keruntuhan itu bermula apabila sebatang tiang genting di tingkat ke-13 menjadi bengkok dan mencetuskan kegagalan struktur di seluruh bangunan, yang mula-mula kelihatan dari luar dengan keruntuhan emper mekanikal timur pada 5:20:33 petang.

Pembinaan 7 World Trade Center yang baru bermula pada tahun 2002, dan disiapkan pada tahun 2006. Tingginya 52 aras dan ia masih terletak di atas substesen janakuasa Con Ed. Dibina atas tapak yang lebih kecil daripada yang asal untuk membolehkan pemulihan Greenwich Street dari TriBeCa melalui tapak World Trade Center dan selatan ke Battery Park, bangunan baru ini dikelilingi oleh jalan-jalan Greenwich, Vesey, Washington, dan Barclay. Sebuah taman kecil di seberang Greenwich Street menduduki suatu ruang yang pernah merupakan sebahagian tapak bangunan yang asal. Reka bina 7 World Trade Center yang sekarang menekankan keselamatan, dengan teras konkrit bertetualang, ruang tangga yang lebih luas, dan pengalisapian tiang keluli yang lebih tebal. Ia juga menerapkan pelbagai ciri-ciri mesra alam. Bangunan ini merupakan bangunan pejabat komersil pertama di Bandar Raya New York yang menerima sijil "kadaran emas" Leadership in Energy and Environmental Design (LEED, "Kepimpinan dalam Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar") oleh Majlis Bangunan Hijau AS. Bangunan ini merupakan salah satu projek pertama yang diterima dalam program rintis Leadership in Energy and Environmental Design – Core and Shell Development (LEED-CS, "Pembangunan Teras dan Kerangka").[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Gilsanz, Ramon, Edward M. DePaola, Christopher Marrion, and Harold "Bud" Nelson (2002). "WTC7 (Chapter 5)". World Trade Center Building Performance Study (PDF). FEMA. Dicapai pada February 17, 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "About the WTC". Wtc.com. Dicapai pada 14 Mei 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:World Trade Center