7 Keajaiban Dunia Baharu
Penampilan
7 keajaiban Dunia Baharu merupakan kempen bermula pada 2000 untuk memilih tujuh keajaiban daripada 200 monumen bersejarah dari seluruh dunia. Diperkenalkan oleh New7Wonder Foundation dan berpusat di Zurich, Switzerland. 7 keajaiban ini telah dipilih berdasarkan undian lebih 100 juta pengundi dari serata dunia. Para pemenang telah diumum dengan gilang-gemilangnya pada 7 Julai 2007 bersiaran di kaca televisyen dari Lisbon.
Pemenang-Pemenang
[sunting | sunting sumber]Keajaiban | Lokasi | Gambar | Dibina | Catatan |
---|---|---|---|---|
Tembok Besar China | Republik Rakyat China | 700 tahun S.M | Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada abad ke-3 SM untuk melindungi Utara China dari serangan orang gasar dan Puak Mongol. | |
Petra | Jordan | 312 S.M | Dibina sebagai ibu kota Empayar Nabatea dan ia juga dikenali sebagai Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir. | |
Koloseum | Rom, Itali | 80 Masihi | Tapak dibina oleh Maharaja Vespasianus sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno | |
Chichen Itza | Yucatán, Mexico | 600 Masihi | Kota purba yang dibina oleh Tamadun Maya sebelum tibanya penjajah Eropah | |
Machu Picchu | Urubamba, Peru | 1450 Masihi | Bandar dibina oleh Empayar Inka yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas paras laut. | |
Taj Mahal | Agra, India | 1643 Masihi | Makam dibina Maharaja Shah Jahan sebagai memperingati kemangkatan permaisuri kelima baginda, Mumtaz Mahal. | |
Kristus Penebus | Rio de Janeiro, Brazil | 1931 masihi | Patung ini dibina untuk meraikan ulang tahun ke-100 tahun kemerdekaan Brazil dari Portugal. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "How the New7Wonders movement all began - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
- "The project founder Bernard Weber - A Short History - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
- "Voting Analysis". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-26. Dicapai pada 2017-09-16. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "Interesting questions and answers". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 2017-09-16.