7 Hari Mencintaiku 2 (novel)
Umum | |
---|---|
Pengarang | Siti Rosmizah Semail |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Cinta, konflik |
Penerbitan | |
Penerbit | SR Publication |
Tarikh penerbitan | April 2018 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789675822582 |
7 Hari Mencintaiku 2 ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Siti Rosmizah Semail. Novel ini diterbitkan pada tahun 2018 oleh syarikatnya, SR Publication dan merupakan kesinambungan kepada novel 7 Hari Mencintaiku. Ia telah dijadikan sebagai sebuah siri drama adaptasi dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 pada 2020.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
- “Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”
Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
- “Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
- “Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
- “Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”
Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
- “Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
- “Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Keluaran dan legasi
[sunting | sunting sumber]7 Hari Mencintaiku 2 dikeluarkan pada 2018 oleh SR Publications. Pada tahun 2020, novel ini telag diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia TV3, dan kembali dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha mulai 2 Julai 2020.
Ulasan
[sunting | sunting sumber]Menurut ulasan daripada kecantikanfesyenkesihatan: "Novel ini juga masih mengekalkan jalan cerita yang sama dan tidak banyak bezanya serta berjaya menghidupkan nilai kekeluargaan".[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "7 Hari Mencintaiku 2 oleh Siti Rosmizah". Goodreads. Dicapai pada 28 Februari 2020.
- ^ Novel 7 Hari Mencintaiku 2 - Karya Siti Rosmizah kecantikanfesyenkesihatan (8 Oktober 2019). Dicapai pada 28 Februari 2020.