43
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 43. Bagi kegunaan lain, sila lihat 43 (nombor).
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
43 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Asia
[sunting | sunting sumber]- Peperangan bermula antara Hun utara dan Hun selatan.
- Trung bersaudari membunuh diri selepas tentangan mereka ditewaskan di Nam Viet, Vietnam.
- Vietnam dijadikan sebuah provinsi China.
Empayar Rom
[sunting | sunting sumber]- Konsul-konsul: Maharaja Claudius (kekonsulannya yang kedua), dan Lucius Vitellius.
- Penaklukan Britain oleh Rom bermula. Aulus Plautius mendarat dengan empat angkatan legion dan menewaskan orang-orang British yang diketuai oleh Caratacus dan Togodumnus dalam pertempuran-pertempuran di Medway dan Thames. Beliau singgah di Sungai Thames dan memanggil Claudius untuk mengetuai kemaraan ke Camulodunum. Pada waktu yang sama, Vespasian menaklukkan kawasan barat daya. Tentera Rom mengasaskan kota-kota London (dikenali sebagai "Londinium" ketika itu) dan Peterborough, serta membina sebatang jalan yang kemudian menjadi Jalan Ermine.
- Claudius mengilhakkan Lycia di Asia Minor, dan menggabungkannya dengan Pamphylia untuk dijadikan sebuah provinsi Rom.
- Rom kini mempunyai kuasa yang penuh terhadap Mediterranean.
Mengikut topik
[sunting | sunting sumber]Agama
[sunting | sunting sumber]- Dalam mazhab-mazhab Agama Kristian Ortodoks Timur dan agama Kristian Qibti, Mark si Mubaligh menjadi Bapa Ortodoks Alexandria yang pertama dan dengan itu, mengasaskan agama Kristian di Afrika.
Seni dan Sains
[sunting | sunting sumber]- Pomponius Mela, ahli geografi Rom, menulis De situ orbis libri (tarikh yang mungkin).
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- Togodumnus, raja Catuvellauni
- Julia, anak perempuan Drusus si Lebih Muda, cucu perempuan Tiberius, dan anak saudara Maharaja Claudius (dihukum mati atau mungkin dipaksa membunuh diri atas desakan Messalina)