Pergi ke kandungan

100 Novel Terbaik Modern Library

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

100 Novel Terbaik Modern Library ialah senarai novel bahasa Inggeris yang terbaik [1] pada abad ke-20, sebagaimana dipilih oleh Modern Library. Kedua-dua Modern Library dan syarikat induknya, Random House USA, ialah syarikat Amerika Syarikat. Justeru, pengkritik mengatakan bahawa asal-usul Modern Library telah menyebabkan pandangan yang berat sebelah dan yang sangat berbau Amerika terhadap novel terbaik yang dipilih. Kebanyakan anggota akademi United Kingdom, Kanada, dan Australia, termasuk juga Random House UK, memiliki senarai 'novel terbaik' yang berlainan.

Pada musim bunga 1998, Modern Library mengadakan tinjauan antara lembaga editornya untuk menentukan 100 novel yang terbaik pada abad ke-20. Ulysses yang ditulis oleh James Joyce dipilih mereka sebagai novel terbaik, diikuti oleh The Great Gatsby dan A Portrait of the Artist as a Young Man. Novel yang paling terkini dalam senarai itu ialah Ironweed (1983) oleh William Kennedy, dengan novel yang tertua yang dipilih merupakan Sister Carrie (1900) yang ditulis oleh Theodore Dreiser dan Lord Jim (1900) yang ditulis oleh Joseph Conrad. Joseph Conrad, dengan empat novel dalam senarai itu, iaitu penulis yang mempunyai paling banyak. William Faulkner, E. M. Forster, Henry James, James Joyce, D. H. Lawrence, dan Evelyn Waugh masing-masing mempunyai tiga novel, dengan 10 penulis yang lain mempunyai dua novel.

Pada 1999, Modern Library menerbitkan 100 Novel Terbaik Pembaca secara berasingan. Dalam satu tinjauan bukan saintifik, melebihi 200,000 pengundi swapilih [2] memilih empat novel yang ditulis oleh Ayn Rand antara sepuluh novel yang terbaik pada abad ke-20, termasuk novel Rand yang berjudul Atlas Shrugged dan The Fountainhead yang masing-masing mengambil tempat #1 dan #2. L. Ron Hubbard, penulis fiksyen sains, mempunyai tiga novel antara sepuluh novel yang terbaik dalam senarai itu. Tinjauan Pembaca itu telah ditonjolkan sebagai contoh ketidakbolehpercayaan tinjauan internet.[3]

Kritikan terhadap 100 Novel Terbaik Pembaca termasuk bilangan kemasukan novel oleh penulis wanita serta novel di luar Amerika Utara dan Eropah yang tidak mencukupi. Misalnya, banyak novel dalam senarai pembaca di di United Kingdom dianggap sebagai diberikan terlalu banyak penghargaan yang tidak wajar.[4] Selain itu, sesetengah pengkritik mengatakan bahawa tinjauan itu tidak melebihi suatu muslihat jualan kerana kebanyakan judul dalam senarai itu juga dijual oleh Modern Library.[5]

Suatu senarai 100 Buku Terbaik Bukan Fiksyen Modern Library pada abad ke-20 juga diterbitkan pada tahun 1998.

Senarai editor

[sunting | sunting sumber]
# Tahun Judul Penulis
1 1922 Ulysses James Joyce
2 1925 The Great Gatsby F. Scott Fitzgerald
3 1916 A Portrait of the Artist as a Young Man James Joyce
4 1955 Lolita Vladimir Nabokov
5 1932 Brave New World Aldous Huxley
6 1929 The Sound and the Fury William Faulkner
7 1961 Catch-22 Joseph Heller
8 1940 Darkness at Noon Arthur Koestler
9 1913 Sons and Lovers D. H. Lawrence
10 1939 The Grapes of Wrath John Steinbeck
  1. ^ Darkness at Noon pada asalnya ditulis dalam bahasa Jerman. Meskipun demikian, oleh sebab teks asli Jerman sudah hilang dan versi-versi Jerman yang diterbitkan dengan judul Sonnenfinsternis (secara harafiah "gerhana suria") sebenarnya diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris, maka versi bahasa Inggeris bolehlah dianggap sebagai teks yang berkanun.
  2. ^ 100 Best Novels « Modern Library
  3. ^ Reason.com: What Internet Polls Are Good For
  4. ^ "The Top 100? 100 best novels list draws heavy dose of criticism", via CNN. By Jamie Allen, May 6, 1999
  5. ^ "Sound and Fury Over Top Novel List N.Y. publisher's selections signify little, critics say", SFGate, Steve Rubenstein, Tuesday, July 21, 1998

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]