Pergi ke kandungan

.org

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
org
Diperkenalkan1985
Jenis TLDDomain peringkat tinggi umum
StatusAktif
PendaftaranPublic Interest Registry (perkhidmatan teknikal diurus Afilias)
PenajaTidak ditaja secara teknikal, tapi PIR bersambung dengan Internet Society
KegunaanOrganisasi pelbagai yang tidak termasuk dalam kategori lain (biasanya bukan komersial)
Kegunaan sebenarBukan keuntungan; laman peribadi; projek sumber terbuka; kadang-kadang digunakan oleh entiti komersial
Sekatan pendaftaranTiada
StrukturPendaftaran pada peringkat kedua dibenarkan
DokumenRFC 920; RFC 1591; ICANN registry agreement
Dasar pertikaianUDRP
DNSSECYa
Tapak web terdaftarPublic Interest Registry

Nama domain org ialah domain peringkat tinggi umum (gTLD) dalam Sistem Nama Domain Internet. Namanya diambil daripada organization (organisasi).

Domain org adalah salah satu daripada domain peringkat tinggi,[1], dengan com, edu, gov, mil dan net, ditubuhkan pada Januari 1985. Ia pada mulanya ditujukan untuk pertubuhan bukan untuk keuntungan atau organisasi bukan komersial yang tidak memenuhi keperluan untuk gTLD lain. Perbadanan MITRE ialah kumpulan pertama yang mendaftar domain org dengan mitre.org[2] pada Julai 1985.

  1. ^ RFC 920, Domain Requirements, J. Postel, J. Reynolds, The Internet Society (October 1984)
  2. ^ Mitre.org

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]