Pergi ke kandungan

Pi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Π)
Sistem nombor matematik 
Asas

Nombor asli
Nombor negatif
Integer
Nombor nisbah
Nombor bukan nisbah
Nombor nyata
Nombor khayalan
Nombor kompleks
Nombor algebra
Nombor transenden

Perluasan kompleks

Nombor dwikompleks
Nombor hiperkompleks
Kuaternion
Kokuaternion
Bikuaternion
Oktonion
Sedenion
Tesarina
Hipernombor
Nombor supernyata
Nombor hipernyata
Nombor sureal

Lain-lain

Nombor kompleks belah
Nombor bersiri
Nombor melampaui terhingga
Nombor ordinal
Nombor kardinal
Nombor perdana
Nombor p-adik
Nombor boleh bina
Nombor boleh kira
Jujukan integer
Pemalar matematik
Nombor besar
Pi
Nombor Euler
Unit khayalan
Ketakterhinggaan

Pi (Jawi: ڤي) atau pai (Jawi: ڤاي) ialah satu pemalar matematik digunakan dalam pengiraan ruang Euclid mewakili nilai kadar mengaitkan ukur lilit sesebuah bulatan kepada diameternya, pemalar ini sering digunakan dalam matematik, fizik dan kejuruteraan dengan nama lainnya pemalar Archimedes (Archimedes's constant)[1][2] atau nombor Ludolph. Pemalar ini ditandakan dengan huruf Yunani π yang senama bersamaan dengan π ≈ 3.14159, ia pertama kali digunakan ahli matematik William Jones dari Wales pada tahun 1706.[3]

.

Huruf Yunani π, simbol pemalar pi.
Huruf Yunani π, simbol pemalar pi.

Nilai pi ini tidak dapat dinisbahkan apatah lagi dinyatakan bersamaan (dengan 8 tempat perpuluhan di sini) 3.14159265. Kadang-kadang, nilai pecahan 22/7 digunakan sebagai penganggaran menghampiri nilai tentu ini.

.

.

Beberapa rumus mudah yang membabitkan π :

  • Lilitan, p suatu bulatan berjejari, r
  • Luas, l suatu bulatan berjejari, r
  • Luas permukaan, l suatu sfera berjejari, r
  • Isipadu suatu sfera berjejari, r

Nilai sesuatu sudut boleh diukur dengan nisbah di antara bahagian lilitan bulatan yang dirangkuminya kepada jejari bulatan tersebut, yang disebut sebagai unit radian (simbol rad). Oleh itu sudut 180o adalah bersamaan π rad.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Jika diameter bulatan ialah 1 unit, maka ukur lilitnya ialah π unit.
  1. ^ Weisstein, Eric W. "Pi". mathworld.wolfram.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-10.
  2. ^ Bogart, Steven. "What Is Pi, and How Did It Originate?". Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-10.
  3. ^ Jones, William (1706). Synopsis Palmariorum Matheseos : or, a New Introduction to the Mathematics (dalam bahasa Inggeris). m/s. 243, 263. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2012. Dicapai pada 15 October 2017.