İstiklâl Marşı
![]() Dinding kelas dengan lirik İstiklâl Marşı (kanan) | |
Kebangsaan anthem ![]() ![]() | |
Lirik | Mehmet Akif Ersoy |
---|---|
Muzik | Osman Zeki Üngör |
Diguna pakai | 12 Mac 1921 |
Sampel audio | |
Istiklâl Marsi |
İstiklâl Marşı ("Gerakan/Kawat Kemerdekaan") adalah lagu kebangsaan negara Turki, yang ditetapkan secara rasmi pada tanggal 21 Mac 1921. Liriknya telah dicipta oleh Mehmet Akif Ersoy (1873-1936), seorang penyair Turki, sedangkan lagunya digubah oleh Zeki Üngör.
Biasanya yang dinyanyikan hanya dua bait pertama.
Sejarah penukilan
[sunting | sunting sumber]Lagu ini hasil pertandingan dianjurkan Harakah Kebangsaan Turki pimpinan Mustafa Kemal Atatürk untuk menaikkan semangat para askar militia yang memberontak terhadap pihak Empayar Uthmaniyah yang dianggap telah mengkhianati rakyat empayar berikutan ihak tersebut membenarkan pembahagian kawasan yang diperuntukkan Perjanjian Sèvres termeterai tahun 1920.
Sajak asal
[sunting | sunting sumber]Suatu sajak nukilan Mehmet Akif Ersoy dipilih antara 724 buah karya yang dimasukkan. Mehmet pada asalnya tidak mahu menyertai kerana hadiah wang yang ditawarkan, namun beliau dipujuk bahawa beliau tidak perlu mengambil ganjaran tersebut - sajak yang menang ini dibacakan kepada Perhimpunan Agung pada 1 Mac 1921 sambil ganjaran wang ini sebaliknya diberikan kepada suatu persatuan veteran,[1]
Irama lagu
[sunting | sunting sumber]![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Sebanyak 24 penggubah lagu bertanding untuk irama yang sesuai digandingkan dengan sajak ini. Suatu gubhan karya Ali Rıfat Çağatay dipilih dalam suatu persudangan tdak lama selepas Perang Kemerdekaan Turki berakhir tahun 1924.[2] Namun, gubahan ini hanya bertahan selama enam tahun.
Suatu gubahan irama baru dikarang konduktor Orkestra Simfoni Presiden (Cumhurbaşkanlığı Senfoni Orkestrası), Osman Zeki Üngör pada tahun 1930.[1] Ia kemudiannya disempurnakan Edgar Manas, seorang ahli muzikologi berbangsa Armenia, dua tahun kemudian.[3][4][5]
Lirik penuh
[sunting | sunting sumber]
|
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Çiloğlu, F. (1999). Kurtuluş Savaşı sözlüğü. Doğan Kitap. Dicapai pada 31 Oktober 2014.
- ^ [1 Februari 2013 "İstiklâl Marşı'nın Altı Yıl Boyunca Kullanılan İlk Bestesi"] Check
|archive-url=
value (bantuan). Youtube. Diarkibkan daripada yang asal pada|archive-url=
requires|archive-date=
(bantuan). Dicapai pada 18 Februari 2015. Unknown parameter|tarikh=
ignored (bantuan) - ^ Vefatını 72. yılında Mehmet Âkif Ersoy bilgi șöleni 3 : Mehmed Âkif edebî ve fikrî akımlar. Ankara: Türkiye Yazarlar Birliği. 2009. m/s. 54. ISBN 9789757382409.
- ^ "İstiklal Marşı'nın Bestelenmesi Çalışmaları" (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 11 Disember 2012.
- ^ Külekçi, Cahit (2010). Sosyo-kültürel açıdan Ermeniler ve Türkler: İstanbul Ermenileri (dalam bahasa Turkish). 432: Kayihan. m/s. 340.CS1 maint: location (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Gubahan asal karya Ali Rıfat Çağatay di YouTube
- Catatan rasmi dirakam Perhimpunan Agung Turki mengenai sejarah lagu (dalam bahasa Turki) - Zabit Ceridesi - 12.03.1921 Diarkibkan 2015-02-18 di Wayback Machine