Siti Zaharah Sulaiman
Tan Sri Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman | |
---|---|
Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat | |
Dalam jawatan 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 | |
Timbalan | Tiki Lafe |
Didahului oleh | Zaleha Ismail |
Digantikan oleh | Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional)) Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) |
Kawasan pilihan raya | Paya Besar |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 12 November 1996 – 14 Disember 1999 | |
Timbalan | Fauzi Abdul Rahman |
Didahului oleh | Chong Kah Kiat |
Digantikan oleh | Bernard Giluk Dompok |
Kawasan pilihan raya | Paya Besar |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 8 Mei 1995 – 12 November 1996 | |
Menteri | Chua Jui Meng |
Didahului oleh | Mohd Farid Ariffin |
Digantikan oleh | Mohd Ali Rustam |
Kawasan pilihan raya | Paya Besar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Paya Besar | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta |
Digantikan oleh | Abdul Manan Ismail |
Kumpulan parlimen | Barisan Nasional |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mentakab | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta |
Digantikan oleh | Fu Ah Kiow |
Ketua Wanita UMNO Malaysia | |
Dalam jawatan 9 Oktober 1996 – 16 Januari 2000 | |
Presiden | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Rafidah Aziz |
Digantikan oleh | Rafidah Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lanchang, Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 24 April 1949
Mati | 26 Julai 2024 Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Kajang, Selangor, Malaysia | (umur 75)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | Dr. Samaruddin Md Rejab |
Pekerjaan | Ahli politik |
Siti Zaharah Sulaiman (lahir di Mentakab, Pahang, 24 April 1949 – meninggal di Kajang, Selangor, 26 Julai 2024 pada umur 75 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia dari 1986 hingga 2008. Semasa menjadi wakil rakyat, beliau pernah dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri kabinet Malaysia.
Kehidupan peribadi dan kematian
[sunting | sunting sumber]Siti Zaharah dilahirkan pada 24 April 1949.[1] Siti Zaharah memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Pentadbiran Pendidikan dan Organisasi) dari Universiti Cornell New York, Amerika Syarikat.[1] Pada 2005, beliau cedera parah dalam kemalangan di Jalan Pintasan Sri Jaya. Akibat daripada pelanggaran itu, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, menerima jahitan sepanjang 10.16sm di bahagian kiri kepalanya manakala setiausaha wanita Umno Bahagian Paya Besar Fauziah Abdul Rahman mengalami keretakan di bahagian leher.[2]
Siti Zaharah meninggall dunia pada 26 Julai 2024 di Hospital Serdang, Selangor pada 11.23 malam 26 Julai akibat sakit tua, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada 11.30 pagi 27 Julai.[1].
Politik
[sunting | sunting sumber]Kabinet
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Semasa menjadi Timbalan Menteri Kesihatan beliau merasmikan pelancaran Bulan Tanpa Tembakau 1998 di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pada 31 Mei 1998. Sejak 1989, 31 Mei diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.[3]
Wanita UMNO
[sunting | sunting sumber]Siti Zaharah menjadi pemimpin wanita UMNO pertama dari Pahang yang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada pemilihan parti 1987.[1]
Pada Oktober 1996, beliau menang menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO menewaskan Rafidah Aziz (1984-1996) dengan majoriti 27 undian. Slogan Siti Zaharah ialah 'Membawa Perubahan'. Akan tetapi, beliau tewas semula kepada Rafidah Aziz pada Perhimpunan Agung UMNO 2000. Siti Zaharah menjadi Ketua Wanita UMNO selama 3 tahun 7 bulan.[4]
Wanita UMNO berjaya mewujudkan Amanah Saham Wanita (Asnita) dan berharap kaum lelaki dapat menubuhkan Amanah Saham Lelaki (Aslaki). Dengan keahlian ahli UMNO sebanyak 2.8 juta, bukanlah mustahil bagi 50 peratus ahli Wanita UMNO memenuhi matlamat mengumpul RM200 juta.[5]
Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1995, beliau menang di Paya Besar. Pada tahun 1999, beliau menang lagi dengan menewaskan Wan Jusoh Wan Kolok (Keadilan). Pada tahun 2004, beliau menang dengan majoriti 12,518 undian. Kemenangan beliau menandakan 38 dari 43 calon wanita BN menang dalam pilihan raya.[6]
Pada 27 Mac 2004, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggugurkan nama Siti Zaharah daripada jawatan menteri.[7]
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Nama | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | P078 Mentakab | Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) | 15,271 | 68.63% | Mohamed Rusdi Arif (PAS) | 6,980 | 31.37% | 23,196 | 8,291 | 71.59% | ||
1990 | Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) | 17,147 | 63.44% | Johari Ismail (S46) | 9,883 | 36.56% | 28,242 | 7,264 | 73.79% | |||
1995 | P084 Paya Besar | Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) | 25,551 | 74.40% | Wan Abd Rahman Wan Yusoff (S46) | 8,792 | 25.60% | 37,221 | 16,759 | 78.06% | ||
1999 | Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) | 20,749 | 54.70% | Wan Jusoh Wan Kolok (KeADILan) | 17,186 | 45.30% | 42,221 | 3,563 | 79.24% | |||
2004 | Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) | 20,474 | 72.02% | Saari Sungib (PKR) | 7,956 | 27.98% | 29,001 | 12,518 | 77.46% |
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2017)
- Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1987)
- Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (1994)
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (2001)
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2003)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.
- ^ Bekas Menteri,Dr Siti Zaharah parah kemalangan…keadaannya stabil.
- ^ Rokok: Usaha kurangkan tajaan dikaji
- ^ Siti Zaharah semakin ceria
- ^ Zaharah tanya bila pula Aslaki?
- ^ Pencapaian calon wanita memuaskan
- ^ Abdullah drops several ministers including Chua, Siti Zaharah
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Hanya keputusan dari pilihan raya 2004 tersedia.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Kelahiran 1949
- Kematian 2024
- Anggota wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia
- Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia