Pergi ke kandungan

Yui (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Yui (singer))
Yui
Yui ketika Anugerah Muzik Video MTV 2006 Jepun, di Tokyo
Latar belakang
Kelahiran (1987-03-26) 26 Mac 1987 (umur 37)
Wilayah Fukuoka, Jepun
GenrePop, Rock
PekerjaanPenyanyi-penulis lagu, pemain gitar, pelakon
InstrumenVokal, gitar, gitar bass, gitar elektrik, piano, dram
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Studioseven, Gr8!, Leaflet
Pengkarya berkait
Flower Flower
Laman sesawang
yui-net.com
Alat muzik terkenal
Martin D-28
Fender GA-45SCE
D1-LD0
Fender GDC200 SCE
Fender Stratocaster
Squier Bronco Bass
Fender Telecaster

Yui (lahir 26 Mac 1987), juga dikenali sebagai YUI, merupakan penulis lagu dan penyanyi, pemain pelbagai instrumen dan pelakon. Dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Fukuoka, beliau bermain secara langsung di pelbagai lokasi di kampungnya sebelum diketahui oleh Sony Music Jepun ketika berumur 17 tahun dan mengeluarkan debut singlenya berbulan-bulan kemudian. Bagaimanapun single beliau hanya mencapai kejayaan sederhana sehingga munculnya "Good-bye Days", yang telah berada di dalam carta selama 44 minggu di Oricon dan menjadikannya sebagai salah seorang bintang baharu industri muzik Jepun ketika itu.[1]

Sejak album debutnya, From Me to You diterbitkan, setiap album solonya sentiasa mendapat tempat teratas carta, dengan satu single dari setiap album mengungguli tempat pertama carta Oricon dari tahun 2007 sehingga 2012, iaitu lima kali berturut-turut dari pertengahan 2008 hingga penghujung 2010.[2]

Beliau sangat popular di Jepun dan negara-negara berhampirannya, mengungguli tempat pertama pada tahun 2011 melalui undi "Artis Wanita Paling Disayangi" oleh Count Down TV[3] dan "Artis Yang Ingin Dikahwini" melalui Music Station,[4] serta "Artis Jepun Paling Popular" melalui Radio Television Hong Kong.[5]

Beliau berhenti menjadi artis solo pada tahun 2012 dan membentuk kumpulan muzik Flower Flower pada 2013.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Yui dilahirkan di Fukuoka, Jepun. Associated Press melaporkan nama penuhnya ialah Yui Yoshioka.[6][7]

Dibesarkan oleh ibunya selepas ayahnya meninggalkan keluarga ketika beliau masih berumur tiga tahun. Beliau dibesarkan dengan muzik, mendengar radio, dan menyanyi. Semasa sekolah rendah, beliau merancang untuk menjadi penyanyi.[8] Beliau sangat pemalu dan sering mengelak dari bercakap dengan orang lain semasa kecil, sentiasa bermain di kaki gunung, tepi sungai, laut dan sawah padi secara bersendirian.[9]

Semasa tahun ketiga di sekolah rendah, ibunya menggalakkannya untuk menulis jurnal perasaan dan cuba menyusunnya menjadi puisi. Bermula sekolah menengah, beliau mula menulis lagu, lalu mengekspresikan dirinya sedikit demi sedikit.[9][10] Beliau juga bekerja sambilan di sebuah restoran Cina untuk membantu membiayai tuisyennya. Antara muzik, sekolah dan kerja, dia hanya mempunyai satu atau dua jam waktu tidur, dan tidak pernah terfikir untuk merealisasikan kerjaya impiannya melalui muzik ketika itu.[11] Akibatnya beliau jatuh sakit; sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital, menjadikannya membuat keputusan bahawa pelajaran dan muzik tidak boleh wujud bersama.[11]

Tidak lama selepas meninggalkan hospital, beliau mendapat peluang untuk melihat persembahan jalanan pertamanya.[11] Di akhir persembahan, beliau menyatakan keinginan untuk meneruskan kerjaya muzik, kepada kumpulan Bianco Nero, yang mengadakan persembahan ketika itu. Kumpulan tersebut menasihati Yui agar menyertai sekolah muzik swasta, juku. Namun, Yui membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah menengah dan mula belajar bermain gitar dan menulis lagu melalui acara "Voice" di kelas khusus di kota kelahirannya, Fukuoka.[11][12] Nekad untuk menjadi seorang artis profesional, beliau membuat persembahan jalanan di setiap jalan-jalan di Stesen Tenjin Fukuoka. Persembahan jalanan ini membantu Yui mengatasi rasa malu.

Karier terawal

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya profesional muzik Yui bermula pada bulan Mac 2004 apabila guru muziknya mengesyorkan Yui agar menyertai ujibakat yang dikendalikan oleh Sony Music Japan.[13] Walaupun peserta dibenarkan menyampaikan dua buah lagu, beliau menyanyikan lagu "Why Me" (lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album debut oleh Sony Records Feel My Soul (lagu)), diikuti oleh "It's Happy Line," dan kemudian sebahagian daripada "I Know", dengan harapan hakim akan mendengar lagu ketiganya sehingga habis.[11]

Hakim kemudiannya memberikannya markah penuh.

Pada 24 Disember 2004, Yui menerbitkan single debutnya, "It's Happy Line", di bawah label Leaflet Records, bersama dengan lagu "I Know," dan menerbitkan hanya 2,000 salinan sahaja.

From Me to You (2005–2006)

[sunting | sunting sumber]

Semasa menuju ke Tokyo meninggalkan kampungnya, Yui menulis lagu "Feel My Soul" sebagai penghargaan kepada kampung halamannya, Fukuoka. Pada mulanya beliau merancang menerbitkan lagu ini dari label indie, namun penerbit Fuji Television, Yamaguchi tertarik dengan suara Yui dan mengajak beliau menerbitkan lagu untuk drama Fukigen na Gene,[14] Muzik dari Fukigen na Gene adalah inspirasinya dari lagu-lagu "Feel My Soul" dan "It's Happy Line."

Pada 23 Februari 2005, Yui menerbitkan single debutnya "Feel My Soul". Disebabkan publisiti drama, "Feel My Soul" berjaya terjual 100,000 salinan dan mendapat tempat ke-8 carta Oricon. Tiga singlenya, "Tomorrow's Way" (lagu tema bagi filem Hinokio), "Life" (tema akhir ke-5 bagi anime Bleach), dan "Tokyo" tidak berjaya seperti "Feel My Soul". Yui kemudiannya menerbitkan album debutnya ini pada 22 Februari 2006, bertajuk From Me to You, yang hanya mendapat tempat keempat pada carta Oricon dan bertahan selama 121 minggu.[15]

Can't Buy My Love (2006–2007)

[sunting | sunting sumber]

Yui muncul berlakon melalui filem Song of the Sun (Taiyou no uta, タイヨウのうた),[16] yang disiarkan pada 17 Jun 2006. Filem ini pernah ditayangkan pada Festival Filem 2006 Cannes.[17] Beliau mempunyai cara tersendiri membawa wataknya , seperti membayangkan perbualan tanpa skrip antara wataknya dan watak orang lain.[18][19] Yui menyertai Japan Academy Prize, memenangi Anugerah Pendatang Baru bagi Midnight Sun. Bersama filem tersebut, Yui menghasilkan single kelimanya "Good-bye Days," yang ditulis khas untuk filem berkenaan. Single tersebut laris, dengan lebih daripada 200,000 salinan terjual. Kesemua tiga lagu dari album singlenya dimuatkan dalam Midnight Sun. Dalam single tersebut juga dimuatkan semula lagu "It's Happy Line," dari singlenya terdahulu.

Single Yui seterusnya, "I Remember You", juga berjaya mengecapi populariti "Good-bye Days". Single ketujuhnya, "Rolling Star" dipilih sebagai tema pembukaan ke-5 bagi anime Bleach. Single kelapan, "Cherry" ada dimuatkan dalam iklan KDDI, iaitu Perkhidmatan Mobile.[perlu rujukan]

Beliau kemudian menerbitkan album kedua Can't Buy My Love pada 4 April 2007. Album tersebut menduduki tempat pertama selama dua minggu pada carta Oricon, mengatasi rekod jualan album terdahulu dalam masa satu minggu. Can't Buy My Love berjaya terjual lebih 680,000 salinan. Disebabkan kejayaan Can't Buy My Love, album terdahulu Yui, From Me to You sekali lagi dimasukkan ke dalam carta, menambahkan bilangan 9,000 salinan menurut kiraan Oricon.[20]

I Loved Yesterday (2007–2008)

[sunting | sunting sumber]

Yui menerbitkan single ke-9, "My Generation/Understand" pada 13 Jun 2007, iaitu single pertama double A-side. "My Generation" dipilih sebagai tema penutup drama TV Seito Shokun!, dan "Understand" dipilih sebagai lagu tema filem Dog in a Sidecar (サイドカーに犬),[21] (dibintangi oleh Yūko Takeuchi). Single ini mengungguli tempat pertama carta Mingguan Oricon pada minggu pertama ia diterbitkan.

Single kesepuluh, "Love & Truth" diterbitkan pada 26 September 2007. Ia menjadi lagu tema bagi filem Closed Note (クローズド・ノート) (dibintangi oleh Erika Sawajiri). Pada waktu itu, kedua-dua albumnya diterbitkan semula sebagai Edisi Winter Sleeve dengan muka album alternatif foto "Love & Truth". Konsert langsung DVD pertamanya Thank You My Teens diterbitkan pada 14 November 2007, yang mengandungi filem pendek dari jelajah konsert langsungnya.[22]

Pada 19 November 2007, Yui membuat persembahan terbuka di Nippon Budokan dan tiketnya habis terjual.[23] Konsert Budokan diatur seperti persembahan langsungnya semasa beliau mula-mula membuat persembahan jalanan di Fukuoka.[23]

Single kesebelas, "Namidairo", diterbitkan pada 27 Februari 2008.[24] Yui menggubah lagu tersebut supaya terdengar "misteri dan sedih" untuk dimuatkan ke dalam drama televisyen 4 Shimai Tantei Dan. Semasa proses penulisan lagu itu, beliau hanya menyatakan "I'm fine" bagi menenangkan situasi[25] Korus lagu itu ditulis tanpa sengaja semasa dinyanyikan oleh Yui.

Single kesebelas, "Laugh Away", diterbitkan bersama sebuah video promosi di mana lagu ini digunakan dalam iklan "Watering KissMint" oleh Glico. Kemudian "Laugh Away" diterbitkan dalam bentuk digital pada 10 Mac 2008.

Album studio ketiganya diterbitkan pada 9 April 2008 bertajuk I Loved Yesterday. Album tersebut terus mendapat tempat pertama Carta Mingguan Oricon dan terjual lebih daripada 400,000 salinan. Track ke-10 dari album ini, bertajuk "Oh Yeah", digunakan bagi tema rancangan televisyen pagi, Mezamashi TV, album versi edisi terhad disertakan dengan DVD yang mengandungi video muzik dari singlenya terdahulu serta filem-filem pendek dari persembahan langsungnya semasa di Nippon Budokan. Lagu-lagu dari album digubah berentak semi-balada dengan tema yang sama seperti dahulu.[26]

Persembahan jelajah Yui yang ketiga, digelar "Oui: I Loved Yesterday'" bermula pada bulan Mei 2008 dan berakhir hingga Julai.[27]

My Short Stories/Holidays in the Sun (2008–2010)

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2008, Yui menerbitkan "Summer Song," sekali lagi menduduki tempat pertama Carta Mingguan Oricon.[28] "Summer Song" terjual 83,440 salinan dalam seminggu, menjadikan ia sebagai single kedua tertinggi terjual dalam masa seminggu selepas "Love & Truth."

Yui menerbitkan album kompilasi B-side, My Short Stories,[29] pada 12 November 2008, yang menduduki tempat pertama Carta Oricon. Album tersebut mengandungi kesemua track B-side dari kesemua singlenya, bersama lagu baru, "I'll Be."[30] Yui menjadi artis wanita kedua dengan kompilasi album B-side mengungguli carta, selepas Touch Me oleh Seiko Matsuda pada 1984. Album kompilasi terakhir yang mencapai tempat pertama ialah Mr. Children B-Side pada Mei 2007. Melalui kejayaan "My Short Stories", penjualan album pertamanya, From Me to You meningkat sekali lagi.

Melalui blog entrinya "Yui Diary" pada 29 Ogos 2008, Yui menyatakan hasratnya menangguhkan sementara kemunculannya di hadapan umum dan ingin menumpukan perhatian kepada perancangan untuk tahun seterusnya. Dalam masa tersebut beliau menulis untuk lagu "I Do It" bersama kumpulan muzik wanita Okinawa, Stereopony. Lagu tersebut menjadi single ketiga Stereopony pada 22 April 2009.[31]

Yui muncul semula pada 25 Mac 2009 melalui laman rasminya dengan single terbaharu bertajuk "Again." Lagu ini dipilih bagi tema pembukaan musim baru anime Fullmetal Alchemist: Brotherhood, yang ditayangkan pada 5 April 2009. Single ini diterbitkan pada 3 Jun 2009.[32] "Again" disenaraikan dalam carta teratas Oricon dan terjual lebih daripada 110,000 salinan semasa minggu pertamanya pada 2009.[33]

Laman Web, Yui-net.com mengumumkan penerbitan single double-A side kedua bertajuk "It's All Too Much/Never Say Die" pada 27 Julai 2009. Dua lagu dimuatkan dalam filem adaptasi manga Kaiji.[34] Single tersebut diterbitkan pada 7 Oktober 2009 dan Kaiji ditayangkan pada 10 Oktober 2009. Single itu menduduki tempat pertama, terjual lebih 75,000 salinan pada minggu pertama. Pada 20 Januari 2010, Yui menerbitkan "Gloria", dan terjual lebih 80,000 salinan pada minggu pertama serta menduduki carta teratas Oricon.[35] Single beliau yang seterusnya, "To Mother," diterbitkan pada 2 Jun 2010, sekali lagi mengungguli carta.[36]

Pada 14 Julai 2010, Yui menerbitkan album studio keempat Holidays in the Sun, yang mengandungi lagu "Summer Song" dan "To Mother". Album ini juga menjadi album keempatnya dalam senarai carta teratas Oricon. Ia terjual lebih 300,000 salinan dan dianugerahkan sebagai Platinum.[37][38]

How Crazy Your Love (2010–2013)

[sunting | sunting sumber]

Singlenya, "Rain" diterbitkan pada 24 November 2010, [39] dan menerbitkan double-A side, "It's My Life/Your Heaven," pada 26 Januari 2011. Yui kemudian ke Sweden bagi penggambaran video muzik "Your Heaven", yang juga mengandungi filem-filem pendek berkenaan dirinya melawat ke pelbagai tempat di Sweden.[40]

DVD jelajah Yui, Holidays in the Sun diterbitkan pada 9 Mac. Single terbaharunya, "Hello (Paradise Kiss)", diterbitkan pada 1 Jun 2011, A-side dan B-side menjadi lagu tema pembukaan dan penutup bagi filem aksi "Paradise Kiss." Pada 16 Jun 2011, Yui ke Hong Kong mengadakan konsert antarabangsa di AsiaWorld-Expo Arena, di hadapan 14,000 penonton.[41]

Yui melawat sekolah yang dilanda musibah Gempa bumi Tōhoku dan tsunami 2011 pada 7 Julai 2011, bagi mengadakan konsert amal. Singlenya "Green a.Live" menyatakan emosi dan perasaaannya terhadap peristiwa tersebut, telah disiarkan pada 5 Oktober 2011.[42] Ia telah disiarkan awal melalui rancangan radio Tokyo FM School of Lock pada 22 Ogos.[43] "Green a.Live" menduduki carta teratas, dan menjadi single pertamanya sejak "To Mother."

Pada 2 November 2011, Yui menerbitkan album kelimanya, How Crazy Your Love. Album tersebut berada pada carta teratas, dan terjual 50,000 salinan pada hari pertama terbitannya. Ia kemudiannya mendapat tempat pertama pada carta mingguan – menjadikan How Crazy Your Love sebagai album kelima mencapai tempat pertama dalam masa seminggu.[44][45] Beliau memulakan jelajah kelimanya pada 11 November 2011 untuk mempromosikan album terkininya ketika itu.[46][47]

Single Yui yang seterusnya diumumkan melalui penyertaannya pada Ncon (Nコン), iaitu sebuah pertandingan muzikal nasional.[48] Yui terpilih untuk menggubah lagu bagi kategori sekolah menengah. Lagu tersebut kemudiannya diberi tajuk "fight" pada R no Housoku (Rの法則), dan diterbitkan pada 5 September 2012.[49]

Melalui video yang dimuatnaik menerusi saluran rasmi Vevo Yui pada 18 Disember 2012, beliau mengumumkan untuk berhenti daripada meneruskan karier muziknya. Beliau mnerangkan bahawa "...Yui sangat berharga dan istimewa baginya, jadi saya ingin meninggalkannya buat sementara waktu." Bagi peminat, katanya, "Sebenarnya, antara sebab untuk saya muncul semula adalah disebabkan oleh peminat. Sebab ketara adalah saya tidak mahu mereka melihat saya berpatah hati, andainya ia berlaku ."[50]

Flower Flower (2013–kini)

[sunting | sunting sumber]

Yui kembali menyanyi semula bersama sebuah kumpulan muzik, Flower Flower, yang mengadakan persembahan di seluruh Jepun.[51] Kumpulan ini telah menerbitkan empat single digital Jepun; "Tsuki (月)," "Kamisama (神様)," "Natsu/Aki (夏/秋)" dan "Subarashii Sekai (素晴らしい世界)". Pada 27 Mac 2014, Yui menyatakan dalam blog kumpulan muziknya bahawa beliau menderita kecelaruan panik, yang menyebabkan dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan.[52][53] Walau bagaimanapun kumpulan tersebut tetap menerbitkan album studio pertamanya, Mi (実) pada 26 November 2014.[54] Album tersebut mendapat tempat ke-5 menerusi Carta Mingguan Oricon selama 11 minggu.[54]

Pada 17 April 2015, Yui mengumumkan melalui blog rasmi kumpulan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki bukan dari kalangan artis dan sedang mengandung.[55] Pada bulan Ogos 2015, Yui telah melahirkan bayi lelaki kembar .[56]

Flower Flower menerbitkan single, "Takaramono (宝物)," pada 9 September 2016, yang menduduki tempat ke-10 dan kekal dalam carta selama lima minggu .[57] Ketika membicarakan mengenai single tersebut, hampir setahun setengah selepas projek, Yui menyatakan: "Saya tidak terfikir untuk menghasilkan lagu lagi, tapi sejujurnya saya berpuas hati yang saya mampu lakukan."[58][59]

Pada musim panas 2017, Flower Flower muncul dalam pelbagai festival, termasuklah di Rock in Japan Festival 2017 dan Summer Sonic 2017, menyebabkan muncul spekulasi menyatakan kumpulan tersebut akan menghasilkan single terbaharu.[60] Dalam beberapa siri konsert di Osaka and Tokyo, kumpulan tersebut mengumumkan mereka akan menerbitkan "Mannequin (マネキン)" pada 2 Ogos 2017.[60] Dalam temuramah yang didedahkan oleh laman web rasmi kumpulan, Yui menyatakan yang lagu berkenaan dikategorikan sebagai lagu "summer" Pop rock song, yang mempunyai elemen seperti pop, namun semasa penghasilan dan rakaman, lagu tersebut lebih cenderung ke arah hard rock.[61] Apabila membandingkan single dengan B-side, "Drama (ドラマ)," Yui yakin dengan meletakkan elemen yang keras, dan lagu ke arah kebaratan dalam single "Mannequin" adalah sejajar dengan "Drama", dan ini dilihat lebih seimbang.[61]

Pada 11 November 2017, Yui melaporkan kepada media yang beliau telah bercerai dengan suaminya pada penghujung Ogos 2017,[62] dan mendapat hak penjagaan terhadap anak-anak yang dilahirkannya. [63]

Flower Flower menerbitkan album studio keduanya, "Spotlight (スポットライト)," pada 14 Mac 2018.[64] Spotlight diterbitkan dua setengah tahun selepas album Flower Flower terdahulu, Mi, tetapi mengandungi lagu-lagu yang dihasilkan semasa persembahan-persembahan langsung mereka yang terdahulu.[65]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio sebagai artis solo
Album Studio bersama Flower Flower
Album kompilasi

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Filem dan TV

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan
2006 Song of the Sun Kaoru Amane (watak utama)
2011 Kaitō Royale Kameo

Persembahan langsung

[sunting | sunting sumber]
  • Yui First Tour 2006 "7 Street": Live Life Love (21 Mac – 18 April 2006)
  • Yui Second Tour 2007 "Spring & Jump": Can't Buy My Love (13 April – 1 Jun 2007)
  • Yui Third Tour 2008 "Oui": I Loved Yesterday (5 Mei – 19 Julai 2008)
  • Yui Fourth Tour 2010: Hotel Holidays in the Sun (12 September – 2 November 2010)
  • Yui Fifth Tour 2011: "Cruising": How Crazy Your Love (11 November 2011 – 25 January 2012)[46]

Persembahan seharian

[sunting | sunting sumber]
  • Yui Live 2007 at Nippon Budokan (19 November 2007)
  • Yui Live 2011: Hong Kong Hotel Holidays in the Sun (26 June 2011)

Persembahan lain

[sunting | sunting sumber]
  • YUI × Bianconero - Goodbye to You (Our Music, 8 April 2005)
  • YUI × Suga Shikao - Yozora no Mukou (Our Music, 12 Ogos 2005)
  • YUI - M (Our Music, June 23, 2006)
  • YUI × Bianconero - Yasashisa ni Tsutsumareta Nara (Our Music, 7 Julai 2006)
  • YUI - Friends (Our Music, 28 September 2007)
  • YUI × Hideaki Tokunaga - Sotsugyou Shashin (Our Music, 19 Oktober 2007)
  • YUI × BO GUMBO3 - Yume no Naka (Our Music, 16 Julai 2010)
  • YUI × Kazuyoshi Saito - Zutto Suki Datta (Our Music, 4 November 2011)
  • YUI - Tsubasa wo Kudasai (Music Lovers, April 2012)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pencalonan Anugerah Keputusan
2007 Diri sendiri 20th Japan Gold Disc Awards: Artis Tahunan[66] Tercalon
Diri sendiri 30th Japan Academy Prize: Rookie Tahunan[67] Menang
Good-bye Days MTV Video Music Awards Japan: Video Filem Terbaik (dari Midnight Sun) Tercalon
2008 Diri sendiri MTV Student Voice Award 2008: Artis Terbaik[68] Menang
Love & Truth MTV Video Music Awards Japan: Video Pop Terbaik Tercalon
Love & Truth MTV Video Music Awards Japan: Video Filem Terbaik (dari Closed Note) Tercalon
My Generation Space Shower Music Video Awards 08: Video Pop Terbaik[69] Menang
2010 Gloria 1st Brazil's J-Station Music Awards: Popular Tahunan[70] Menang
2011 Rain MTV Video Music Awards Japan: Video Wanita Terbaik[71] Tercalon
Holidays in the Sun MTV Video Music Awards Japan: Album Terbaik Tahunan[71] Tercalon
  1. ^ "Good-bye Days" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada July 30, 2011.
  2. ^ YUIのリリース一覧 (dalam bahasa Japanese). Oricon.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Shinji Suzuki, Takayuki Ishibashi/Kō Serata, Shintarō Ōki (producers) (August 13, 2011). "CDTV Top 30 Most Dearest Female Artist". Count Down TV (dalam bahasa Japanese). Tokyo Broadcasting System. Cite has empty unknown parameter: |seriesno= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Tamori, Yoshie Takeuchi (June 6, 2011). "Music Station". Music Station (dalam bahasa Japanese). TV Asahi.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "22nd Pop International Poll" (dalam bahasa Chinese). Radio Television Hong Kong. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Lee, Min (May 15, 2011). "Japanese Singer Yui Eyes Bigger Foreign Fan Base". Associated Press. Dicapai pada December 2, 2011.
  7. ^ Lee, Min (June 27, 2011). "Japanese Singer Yui Stages First Foreign Show". Associated Press. Dicapai pada December 2, 2011.
  8. ^ "Interview with Yui (page 5)" (dalam bahasa Japanese). Livedoor.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b Oricon Style, February 2, 2006 (Jepun)
  10. ^ "Interview with Yui (page 3)" (dalam bahasa Japanese). Livedoor.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ a b c d e Rockin' on Japan, May 2007 (Jepun)
  12. ^ News Maker, July 2007 (Jepun)
  13. ^ "Interview". Excite. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ 映画「カイジ 人生逆転ゲーム」での再会 (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada July 26, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "FROM ME TO YOU | YUI". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  16. ^ "Midnight Sun". Shochiku. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 5, 2007. Dicapai pada Mac 11, 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Complete Cannes 2006 Line-up". Shochiku. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 26, 2012. Dicapai pada Mac 11, 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Templat:Cite DVD
  19. ^ Mcgue, Kevin (January 25, 2007). "Enough to Make You Weep". South China Morning Post.
  20. ^ "2007年04月02日~2007年04月08日 オリコン週間 CDアルバムランキング 21~30位". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  21. ^ "Yui-net Discography". Yui-net. Dicapai pada May 21, 2007.
  22. ^ Thank you My teens (DVD) (dalam bahasa Japanese). Japan: Sony Music Distribution. November 13, 2007. |first= missing |last= (bantuan); More than one of |medium= dan |type= specified (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ a b B-PASS, February, 2008 (Jepun)
  24. ^ World of Yui | Yui News, Community, Fansite, Gallery: New Yui Single!
  25. ^ Lawson Ticket, April 2008 (Jepun)
  26. ^ "I Loved Yesterday-Yui". allmusic. Dicapai pada October 23, 2011.
  27. ^ "Official Yui 3rd Tour Information". Yui-net. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 5, 2008. Dicapai pada Mac 10, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ "Confirmation of a new single release by Sony Music Japan".
  29. ^ "Confirmation of new album title "My Short Stories"" (dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2005. Dicapai pada September 17, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Confirmation of new song title "I'll be"" (dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2005. Dicapai pada September 8, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ "News about Yui x Stereopony Collaboration of "I Do It"" (dalam bahasa Japanese). Oricon News. Dicapai pada March 3, 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "Confirmation of Yui's new single, "Again"" (dalam bahasa Japanese). Livedoor. Dicapai pada March 26, 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "YUI自己最高記録更新で完全復活! 09年女性最高初動でシングル首位" (dalam bahasa Japanese). Oricon. June 9, 2009. Dicapai pada June 9, 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  34. ^ "Confirmation of new single "It's all too much/Never say die"" (dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 23, 2009. Dicapai pada Julai 29, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  35. ^ "YUI、シングル4作連続首位で宇多田ヒカル以来の記録". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  36. ^ "YUI、女性シンガー・ソングライター2人目の5作連続首位 宇多田以来6年ぶり快挙". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  37. ^ "オリコンランキング情報サービス「you大樹」". Oricon.co.jp. Dicapai pada December 20, 2010. (subscription only)
  38. ^ ゴールド等認定作品一覧 2010年07月 (dalam bahasa Japanese). RIAJ. Dicapai pada August 21, 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ "Rain" (dalam bahasa Japanese). Amazon.com. October 26, 2010. Dicapai pada October 26, 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ "YUI「It's My Life/Your Heaven」 | SRCL-7527/8 | 4988009047553 | Shopping | Billboard JAPAN". Billboard JAPAN (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  41. ^ "Japanese Singer Yui Stages First Foreign Show". Associated Press. Dicapai pada August 15, 2011.
  42. ^ "YUIの新しいシングル『Green a.live』" (dalam bahasa Japanese). September 22, 2011. Dicapai pada August 22, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ "新曲『Green a.live』リリース決定!!! (2011.8.22)" [New title "Green Alive" to be released] (dalam bahasa Japanese). Sony Music Records (Japan) Inc. Ogos 22, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 29, 2011. Dicapai pada Ogos 22, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  44. ^ "2011年11月01日のCDアルバムデイリーランキング" (dalam bahasa Japanese). Oricon. November 1, 2011. Dicapai pada November 7, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  45. ^ "2011年10月31日~2011年11月06日のCDアルバム週間ランキング" (dalam bahasa Japanese). Oricon.co.jp. November 6, 2011. Dicapai pada November 11, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  46. ^ a b "Yui 5th Tour 2011 開催決定!!" (dalam bahasa Japanese). Sony Music Records (Japan) Inc. September 10, 2011. Dicapai pada September 12, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  47. ^ "「HOW CRAZY YOUR LOVE」というタイトルに込めた想い" (dalam bahasa Japanese). Oricon. November 2, 2011. Dicapai pada December 7, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  48. ^ "Nコン 2012" (dalam bahasa Japanese). NHK. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 12, 2011. Dicapai pada Jun 6, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  49. ^ "スペシャルゲストYUIが語る"10代"". Rの法則. April 26, 2012. NHK.
  50. ^ Yui on YouTube; accessed July 22, 2015.
  51. ^ YUIサプライズ熱唱!ライブハウス飛び入り (dalam bahasa Japanese). Sanspo. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2013. Dicapai pada April 7, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  52. ^ "YUI DIAGNOSED WITH PANIC DISORDER". AFA Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 17, 2014. Dicapai pada April 14, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  53. ^ "Yui talks about her panic disorder on her blog". Tokyo Have. Dicapai pada April 14, 2014.
  54. ^ a b "実(初回生産限定盤) | FLOWER FLOWER". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  55. ^ "Singer Yui Announces Marriage, Pregnancy". Anime News Network. Dicapai pada April 17, 2015.
  56. ^ "Yui Has Given Birth". ARAMA! JAPAN. Dicapai pada August 9, 2015.
  57. ^ "宝物(初回生産限定盤) | FLOWER FLOWER". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  58. ^ "yui、9・7双子出産後初作品 FLOWERFLOWERが1年半ぶりリリース". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  59. ^ Inc., Natasha,. "FLOWER FLOWER、9月に初のシングル「宝物」リリース - 音楽ナタリー" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.CS1 maint: extra punctuation (link)
  60. ^ a b Inc., Natasha,. "FLOWER FLOWERが2ndシングル発売、初回盤にはライブ音源も - 音楽ナタリー" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.CS1 maint: extra punctuation (link)
  61. ^ a b "FLOWER FLOWER | INFORMATION". www.flowerflower-net.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-09-09.
  62. ^ "皆さんにご報告があります。 : FLOWER FLOWER 公式ブログ". FLOWER FLOWER 公式ブログ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2018-03-19.
  63. ^ "yui Divorces Husband Of 2 Years + Gains Custody Of Children". JpopAsia. Dicapai pada 2017-10-26.
  64. ^ Inc., Natasha,. "FLOWER FLOWERがニューアルバムリリース、収録曲使用した告知映像を公開(動画あり / コメントあり) - 音楽ナタリー". 音楽ナタリー (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2018-03-19.CS1 maint: extra punctuation (link)
  65. ^ "FLOWER FLOWER、2ndアルバム『スポットライト』を3月にリリース決定 - エキサイトニュース" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2018-03-19.
  66. ^ "第20回日本ゴールドディスク大賞・受賞作品/アーティスト Diarkibkan Mac 2, 2009, di Wayback Machine. RIAJ. Retrieved on 2007-6-21. (Jepun)
  67. ^ "第30回日本アカデミー賞 Diarkibkan Februari 24, 2009, di Wayback Machine. NIPPON ACADEMY-SHO ASSOCIATION. Retrieved on 2007-11-15. (Jepun)
  68. ^ "最優秀"STUDENT VOICE"アーティスト賞 Diarkibkan September 17, 2009, di Wayback Machine. Retrieved on 2009-9-29 (Jepun)
  69. ^ "Space Shower Music Video Awards 08 Diarkibkan November 21, 2009, di Wayback Machine. Retrieved on 2009-9-29 (Jepun)
  70. ^ Confira os vencedores do J-Station Music Awards 2010. Retrieved on 2011-01-27 (Portugis)
  71. ^ a b "MTV Music Aid Japan" (dalam bahasa Japanese). MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2010. Dicapai pada Ogos 15, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Yui