Kota Yogyakarta
Yogyakarta
ꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ | |
---|---|
Bandar raya | |
Nama panggilan: Kota Gudeg (City of Gudeg) | |
Cogan kata: ꦲꦩꦼꦩꦪꦸꦲꦪꦸꦤꦶꦁꦧꦮꦤ (Jawa) (maksud: "Wawasan Masyarakat yang Sempurna") | |
Koordinat: 7°48′5″S 110°21′52″E / 7.80139°S 110.36444°EKoordinat: 7°48′5″S 110°21′52″E / 7.80139°S 110.36444°E | |
Negara | Indonesia |
Negeri | Daerah Istimewa Yogyakarta |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Haryadi Suyuti |
Keluasan | |
• Bandar raya | 46 km2 (18 batu persegi) |
• Metro | 2,159.1 km2 (833.6 batu persegi) |
Aras | 113 m (371 ft) |
Penduduk (Bancian 2016) | |
• Bandar raya | 412,331 |
• Kepadatan | 9,000/km2 (23,000/batu persegi) |
• Metro | 4,010,436 |
• Kepadatan metro | 1,900/km2 (4,800/batu persegi) |
Demografi | |
• Agama[1] | Islam 83.22% Kristian 15.65% - Katolik 9.39% - Protestan 6.26% Buddha 0.29% Hinduisme 0.20% Konfusianisme 0.02% Lain-lain 0.01% |
Zon waktu | UTC+7 (WIB) |
Kod kawasan | +62 274 |
Pendaftaran kenderaan | AB |
HDI | ▲ 0.837 (Very High) |
Laman sesawang | www.jogjakota.go.id |
Kota Yogyakarta (bahasa Jawa: ꦑꦸꦛꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ , translit. Kutha Ngayogyakarta) merupakan ibukota dari Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta yang merupakan kadiaman bagi Sultan Hamengkubuwana dan Adipati Paku Alam. Yogyakarta merupakan salah satu bandar raya terbesar di Indonesia dan bandar raya terbesar keempat di wilayah Pulau Jawa bagian selatan menurut jumlah penduduk. Kota Yogyakarta juga pernah menjadi ibu kota Republik Indonesia pada tahun 1946.
Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Para pelajarnya berasal dari pelbagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah Universitas Negeri Yogyakarta, Institut Seni Indonesia Yogyakarta, serta Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Yogyakarta pernah menjadi pusat Kerajaan Mataram antara tahun-tahun 1575-1640. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.
Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta. Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas. Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru. Ahli-ahli muzik tepi jalan selalu siap menghibur para pengunjung warung-warung lesehan.
Pengangkutan ke Yogyakarta termasuk kereta api dari Jakarta, Bandung, dan Surabaya, selain daripada bas dari hampir semua bandar di Pulau Jawa serta kapal terbang.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kota Yogyakarta terbahagi kepada 14 buah kemantren.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Data Sensus Penduduk 2010 - Badan Pusat Statistik Republik Indonesia. (dalam bahasa Indonesia)