Suphan Buri
Ibu kota | Suphan Buri |
Gabernor | Songphon Thimasat (sejak 2003) |
Keluasan | 5,358.0 km2 Tangga ke-40th |
Jumlah Penduduk |
855.949 (2000) Tangga ke-24th |
Kepadatan Penduduk |
160/km2 Tangga ke-18th |
ISO 3166-2 | TH-72 |
Suphan Buri (Bahasa Thai: สุพรรณบุรี ) ialah salah satu provinsi (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Uthai Thani, Chai Nat, Sing Buri, Ang Thong, Phra Nakhon Si Ayutthaya, Nakhon Pathom dan Kanchanaburi.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan rupa bumi Provinsi Suphan Buri terdiri daripada dataran sungai yang rendah, dengan banjaran-banjaran gunung yang kecil di bahagian utara dan barat provinsi ini. Bahagian tenggara provinsi ini yang merupakan dataran Sungai Tha Cheen adalah amat rendah dan merupakan kawasan sawah padi.
Pusat provinsi:
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Suphan Buri mungkin merupakan tapak Suvannabhumi yang disebut dalam karya-karya agama Buddha yang amat lama. Bagaimanapun, penubuhan petempatan pertama yang telah disahkan adalah pada lingkungan tahun 877-882 semasa zaman Dvaravati. Ketika itu, kota ini dikenali sebagai Mueang Thawarawadi Si Suphannaphumi. Kemudian, kota ini dikenali sebagai U Thong, dan merupakan tempat asal Ramathibodi I, Putera U Thong serta pengasas Kemaharajaan Ayutthaya. Akhirnya, Raja Khun Luang Pha Ngua menggelarkan kota ini dengan nama terkini. Ketika itu, Suphan Buri merupakan sebuah kota sempadan yang penting, serta tempat bagi banyak perang dengan orang-orang Myanmar yang berhampiran.
Lambang
[sunting | sunting sumber]Mohor provinsi ini menampilkan perang gajah antara Raja Naresuan Agung dan putera mahkota Myanmar di Suphan Buri pada tahun 1592.
Pokok provinsi ialah Pokok Kayu Hitam (bahasa Inggeris:Ebony Tree, nama botani: Diospyros mollis). |
Bahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Provinsi Suphanburi dibahagikan kepada 10 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan pula menjadi 110 buah komun (tambon) dan 977 buah desa (mubaan).
|