Pergi ke kandungan

Wilayah Hyōgo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wilayah Hyogo)
Wilayah Hyōgo (兵庫県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Hyōgo
Ibu wilayah Kobe
Kawasan Kansai
Pulau Honshū
Gabenor Motohiko Saitō
Keluasan 8,393.34 km² (ke-12)
 - % air 0.6%
Penduduk  (1 Oktober 2005)
 - Populasi 5,595,212 (ke-8)
 - Kepadatan penduduk 667 /km²
Daerah 8
Perbandaran 41
ISO 3166-2 JP-28
Laman rasmi web.pref.hyogo.jp/FL/english/
Lambang Wilayah
 - Bunga Nojigiku (Chrysanthemum japonense)
 - Pokok Pokok Barus (Cinnamomum camphora)
 - Burung Burung Botak Putih Timur (Ciconia boyciana)
Lambang Wilayah Hyōgo
Lambang Wilayah Hyōgo
Peta Wilayah Hyōgo.
Istana Himeji di Himeji, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Wilayah Hyōgo (Jepun: 兵庫県, Hyōgo-ken) ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di kawasan Kansai di pulau Honshū. Ibu kotanya ialah bandaraya Kobe.

Hyōgo mempunyai dua garis pinggir laut berasingan, iaitu di utara menghadap Laut Jepun, dan di selatan menghadap Laut Pedalaman. Bahagian utaranya jarang penduduknya kecuali bandaraya Toyooka, manakala tanah tinggi di tengahnya hanya diduduki perkampungan kecil. Kebanyakan besar penduduk Hyōgo tinggal di pantai selatan yang merupakan sebahagian kawasan metropolitan Osaka-Kyoto-Kobe. Pulau Awaji ialah sebuah pulau di Laut Pedalaman yang terletak di antara pulau Honshū dan Shikoku.

Pada musim panas, cuaca di Hyōgo panas dan lembap. Pada musim sejuk pula, bahagian utara Hyōgo sering menerima salji lebat, manakala bahagian selatannya hanya menerima salji lari sekali-sekali.

Hyōgo bersempadan dengan wilayah-wilayah Osaka, Kyoto, Tottori dan Okayama.

Bandaraya

[sunting | sunting sumber]

29 bandaraya terletak di wilayah Hyōgo:

Chūō-ku
Higashinada-ku
Hyōgo-ku
Kita-ku
Nada-ku
Nagata-ku
Nishi-ku
Suma-ku
Tarumi-ku

Bandar dan kampung

[sunting | sunting sumber]

Bandar dan kampung di setiap daerah:

Kamigōri
Taishi
Harima
Inami
Fukusaki
Ichikawa
Kamikawa
Inagawa
Kami
Shin'onsen
Sayō
Taka


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 35°00′N 134°55′E / 35.000°N 134.917°E / 35.000; 134.917