Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Che090572 untuk penyelia 17 April 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Che090572 (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

terima kasih kepada Emrrans kerana sudi menjemput saya menjadi penyelia. Saya ingin memohon menjadi penyelia di wikipedia bahasa melayu ni.. Adalah menjadi visi saya untuk menambahkan artikel ...kalau boleh bersaing dengan bahasa inggeris dalam menerbitkan artikel, rencana yang berkualiti dan berkuantiti.

che 04:56, 17 April 2006 (UTC)[balas]

Sokongan

[sunting sumber]

Saya turut menyokong che agar dijadikan salah seorang penyelia. Sumbangannya tidak boleh dipertikaikan lagi. — Polar 11:45, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Saya juga menyokong che menjadi penyelia. Ini kerana dia amat rajin dan bertanggungjawab, tambahan pula dia ingin memperkayakan rencana bahasa Melayu. Jadi tiada siapa boleh mempertikaikan sumbangan hebatnya. — Emrrans 12:02, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Che adalah lebih aktif berbanding sebilangan penyelia. Oleh itu, saya juga menyokong. Saya berasa seorang penyelia yang tidak aktif selama enam bulan harus ditamatkan secara automatik. — PM Poon 17:02, 21 April 2006 (UTC)[balas]

Setelah meneliti sumbangan Pengguna "Che090572", saya dapati sumbangan beliau kepada rencana kimia amat berguna (kurang sumbangan oleh orang lain). Saya terpaksa mengambil masa untuk meneliti dahulu kerana sebelum ini kebanyakan sumbangannya sebelum ini adalah berbentuk perubahan kecil. Selain itu, dia masih kekal menyumbang dalam tempoh penilaian dan mengambil kira sokongan kuat (4 pentakbir), saya dengan sukacita mengistihar Pengguna "Che090572" sekarang adalah sysop. Yosri 11:30, 24 April 2006 (UTC)[balas]