Pergi ke kandungan

Urwah bin Zubair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Urwah ibn Zubair)

Urwah bin Zubair (Arab: عروة بن زبير, w. 94 H/712 M) adalah salah satu daripada Tujuh Fuqaha Madinah, iaitu sekumpulan ulama dari generasi tabi'in yang merupakan tokoh-tokoh utama perundangan agama di kota Madinah selepas kematian generasi sahabat yang sezaman dengan Nabi Muhammad.[1][2][3]

Urwah adalah anak kepada pasangan Asma binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam, adik kepada Abdullah bin Zubair, dan juga anak saudara kepada Aisyah.[4] Nenek Urwah adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib, ibu saudara Nabi Muhammad dari keluarga ayahnya.[4]

Urwah bin Zubair adalah perawi kebanyakan hadis-hadis yang datang dari Aisyah, selain daripada para sahabat yang lain seperti Ali, Umar, Ibnu Abbas, Abu Ayyub al-Ansari, dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menerima pengajaran dari Said bin al-Musayyab, yang tujuh atau lapan tahun lebih tua daripadanya.[4] Para perawi hadis yang mengambil jalan periwayatan dari padanya, termasuk Qatadah bin Di'amah, Ibnu Syihab az-Zuhri, Yahya bin Said al-Ansari, dan Zaid bin Aslam.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Prof. A. Qodri Azizy, Ph.D. Reformasi Bermazhab: Sebuah Ikhtiar Menuju Ijtihab Sesuai Saintifik-Modern. Teraju Mizan. m/s. 28-29.
  2. ^ Habib Nazir, Muhammad Hasanuddin (2004). Ensiklopedi Ekonomi dan Perbankan Syariah. Kaki Langit. m/s. 358. ISBN 9789799908100, 9799908108.
  3. ^ Umar F. Abd-Allah (2013). Mālik and Medina: Islamic Legal Reasoning in the Formative Period. BRILL. m/s. 42-43. ISBN 9789004247888, 9004247882.
  4. ^ a b c d M. Fethullah Gülen (2014). Muhammad The Messenger of God. Işık Yayıncılık Ticaret. ISBN 1597846384, 9781597846387.